Sering kali kita dengar tentang kes penipuan secara dalam talian melibatkan pemindahan wang, bukan?

Tetapi di Sabah baru-baru ini, terdapat kes penipuan yang melibatkan pesanan makanan yang dibuat secara dalam talian.

Sebuah restoran di Penampang difahamkan telah menerima pesanan daripada pelanggan menerusi aplikasi Whatsapp.

Mujurlah pihak restoran tersebut menyedari niat pelanggan itu yang mahu menipu sebelum ianya dihantar.

Sin Chew

Kisah itu didedahkan oleh individu yang bertugas ketika pesanan itu diterima pada 6 Ogos lalu, di mana mereka telah menerima pesanan pada jam 5:30 petang.

Pelanggan bernama Wong itu telah memesan sebanyak 13 bungkus nasi goreng dan mi goreng serta 28 bungkus air Milo ais.

Kesemua pesanan itu difahamkan berjumlah RM658 untuk dua hari dan diminta untuk dihantar ke hotel 1Borneo pada jam 6:30 petang hari yang sama.

Menurut Wong, dia akan membayar kesemua jumlah pesanan makanan yang dibuat itu secara tunai sebaik sahaja makanan itu dihantar ke lokasi yang diinginkan.

Foto hiasan/Facebook

Oleh kerana jumlah itu agak banyak, maka pihak restoran mahu bayaran itu diselesaikan terlebih dahulu secara dalam talian.

Tanpa disangka, Wong telah menyertakan nombor akaun bank dan meminta restoran itu untuk melakukan pemindahan wang sebanyak RM170 kepada nombor akaun tersebut.

Dan dia juga berjanji akan membayar kesemua jumlah yang sepatutnya (RM850) secara tunai ketika pesanan itu dihantar.

Sebaik sahaja restora itu enggan mengikuti apa yang dimahukan, Wong kemudian menghantar beberapa kiriman suara yang memarahi restoran itu.

Foto hiasan/Photo-AC

“Kami tidak puas hati. Mengapa dia pesan makanan dan minta kami beri RM170 padanya? Selepas kami kata kami tidak mahu hantar makanan padanya, dia bertambah marah”.

“Namun kami tidak membalas langsung mesejnya itu”, cerita individu yang bertugas di restoran terbabit.

Pihak restoran kemudiannya bertindak melaporkan hal ini kepada pihak polis dan mendapati bahawa individu itu sering kali melakukan penipuan sebegitu.

“Kami periksa di Facebook dan mendapati nombor telefon individu terbabit adalah sama dan telah melakukan taktik yang sama pada 14 buah restoran yang lain dalam tempoh dua minggu sebelum ini”.

Wakil restoran itu juga berharap agar lebih ramai lagi pemilik restoran yang lain berhati-hati jika berhadapan dengan penipu seperti ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular