Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula pada 1 Ogos lalu di semua tempat-tempat awam yang sesak. Jika tidak, seseorang itu akan dikompaun sebanyak RM1,000.

Walau bagaimanapun, satu rakaman video tular di laman sosial menunjukkan laporan daripada pihak TV3. Menerusi laporan itu, kelihatan remaja menangis apabila dikenakan kompaun.

Menurut remaja itu, dia dikompaun kerana meletakkan pelitup muka di bawah dagu kerana berasa gatal dan mengakui bahawa ianya dilakukan seketika sahaja.

@abamihsan/Twitter

Pegawai polis yang berada di situ menjelaskan bahawa orang ramai sering kali memberikan alasan yang sama.

“Arahan yang dikeluarkan, jika kita berada di luar, pelitup muka perlu dipakai setiap masa”, kata pegawai polis berkenaan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di laman Twitter itu telah ditonton lebih daripada 3 juta kali dan mengundang amarah warga Twitter yang turut membalas tweet tersebut.

Sehinggakan ada pengguna yang turut mengaitkan tindakan sesetengah ahli politik yang turut tidak memakai pelitup muka dengan sempurna selain tidak menjaga penjarakan fizikal di kawasan sesak.

Disebabkan oleh itu, ribuan pengguna kini menuduh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap pilih kasih ketika melakukan penguatkuasaan.

Menurut mereka, polis hanya mengenakan kompaun pada orang awam kerana rata-rata daripada kita tidak berdaya.

Sebaliknya, individu yang berkuasa pula dilepaskan secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan walaupun tidak mematuhi arahan tersebut.

Wajarkah begini? Kongsikan pendapat anda…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular