British Broadcasting Corporation ataupun BBC baru-baru ini telah memuat naik satu video menunjukkan nasib seorang lelaki Uighur yang juga bekas model untuk syarikat Taobao, China.
Laporan tersebut walau bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerjaya modelnya namun lelaki itu difahamkan telah kehilangan kebebasannya menerusi telefon bimbit di Xinjiang.
Video berkenaan jelas menunjukkan keadaan yang agak teruk di kem konsentrasi Xinjiang, di mana lelaki itu juga sempat meminta bantuan keluarganya.
Menurutnya, tahanan di dalam kem tersebut diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan. Video itu menarik perhatian masyarakat antarabangsa walaupun Kementerian Luar Negeri China membantah.
Pada 4 Ogos lalu, BBC telah memuat naik video yang menunjukkan individu etnik Uighur dipenjarakan di sebuah bilik, dengan tangan kanannya memegang peralatan untuk pengambaran.
This is model Merdan Ghappar, handcuffed to a bed, in rare footage of what appears to be a Chinese re-education camp
He is a Uighur Muslim. His family say they haven’t heard from him in five monthshttps://t.co/PkE2UH6nWQ pic.twitter.com/YSzHyC5NzP
— BBC News (World) (@BBCWorld) August 5, 2020
Manakala tangan kirinya pula digari pada katil. Menurut laporan, lelaki itu adalah Merdan Ghappar, pelajar jurusan tarian di Institut Kesenian Xinjiang.
Selain itu, difahamkan juga bahawa seramai 50-60 orang tahanan di tempatkan di dalam sebuah bilik yang kecil dan sempit.
Twitter | BBC News
Setelah tamat pengajian, Merdan seperti pemuda Xinjiang yang lain telah berhijrah ke bandar-bandar persisir pantai pada tahun 2009 untuk meneruskan cita-citanya.
Merdan selepas itu difahamkan telah menjadi seorang model pakaian untuk Taobao di Foshan, Guangdong. Dia berjaya meraih pendapatan yang lumayan.
Sungguhpun begitu, syarikat tersebut meminta Merdan untuk menyembunyikan identiti Uighur, sebaliknya menguar-uarkan dirinya adalah daripada etnik China-Eropah.
Pada tahun 2018, Parti Komunis China (PKC) dengan pantas membina kem konsentrasi di Xinjiang atas nama ‘pendidikan semula’ dan pada Ogos 2018, kehidupan Merdan juga telah dianiaya.
Merdan dituduh melakukan pemerdagangan ganja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan. Rakan-rakannya mempercayai bahawa dirinya telah diperangkap.
Pada 15 Januari 2020, Merdan telah kembali ke kampung halamannya di Kuqa menaiki kapal terbang dari Foshan, dengan kawalan dua orang pegawai polis.
Lebih sebulan kemudian, keluarga Merdan telah menerima pesanan daripada aplikasi WeChat Merdan menunjukkan keadaan mengerikan yang dilaluinya setelah kembali ke Xinjiang.
Tambah Merdan, tahap kebersihan di sana amat buruk dan tiada langsung ruang untuk berbaring. Semua tahanan digari. Leher pula ditutup dengan kain hitam dan mereka tidak dibenarkan untuk menanggalkannya.
Yilishati Aishan selaku Naib Pengerusi World Uyghur Association di Amerika Syarikat (AS) berkata isu itu hanya sedikit (dan masih banyak lagi perkara yang tidak diketahui).
“Dia (Merdan) masih lagi dapat mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. Maka Zerdan masih berada di pusat penahanan dan bukannya berada di kem konsentrasi atau penjara”.
GREG BAKER/AFP via Getty Images
Ini kerana, Yilishati menjelaskan bahawa keadaan di kem konsentrasi atau penjara tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, rambut juga dicukur selain pakaian adalah seragam.
“Bagaimana dia (Merdan) dapat merakamkan video dan memegang telefon bimbit untuk menghantar maklumat? Dia bernasib baik kerana dapat berbuat demikian”, katanya.
Hal berbeza yang terjadi kepada kebanyakan komuniti Uighur di kem konsentrasi. PKC sebelum ini telah diketahui melakukan penindasan berat terhadap masyarakat di Xinjiang.
Ini termasuklah penahanan lebih daripada 1 jutar orang, di samping melakukan pembunuhan, penyeksaan, pensterilan secara paksa dan juga kawalan kelahiran.
Penulis China di Kanada, Sheng Xue berkata bahawa penangkapan, penindasan, pemenjaraan yang dilakukan oleh PKC di wilayah Xinjiang adalah sama tanpa mengambil kira status sosial, identiti atau kerjaya seseorang.
“Apa yang dilakukan oleh PKC di kawasan setempat itu adalah varian dasar pembunuhan beramai-ramai”, tambah Sheng Xue.
Tambahnya, aliran keluar maklumat mungkin disebabkan oleh kelalaian pihak pengurusan. Ini kerana, adalah mustahil PKC membenarkan dunia luar tahu tentang keadaan sebenar di Xinjiang.
Menurut Merdan, individu berusia 12 tahun ke atas yang ditahan diarahkan juga diarahkan untuk mestilah ‘menyerah diri’ dan ‘benar-benar menyesal’.
BBC juga difahamkan telah bertanya kepada pihak berkuasa China tentang keadaan semasa Merdan dan alasan penahanannya namun tidak mendapat respon.
Maybe you're interested :
- Lelaki hampir maut mendapat jangkitan paru-paru selepas memecahkan jerawat di bahagian bawah bibirnya
- Bukti-bukti kekejaman Parti Komunis China dan kaedah seksaan yang dilakukan ke atas tahanan
- Aktivis hak asasi manusia United Kingdom mendedahkan bahawa Kedutaan Besar China di Britain berulang kali cuba untuk mendiamkannya