Bukan mudah bergelar guru atau pendidik. Tidak kira di mana, bermula dari tadika hinggalah ke institusi pengajian tinggi, tugas mendidik pastinya punya cabaran tersendiri.

Siapa kata mengajar mereka yang dewasa itu mudah berbanding kanak-kanak? Hakikatnya mengajar golongan ini lebih sukar sebenarnya kerana untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan mereka bukan mudah, kerana di sekitar mereka terdapat pelbagai benda yang jauh lebih menyeronokkan jika dibandingkan dengan apa yang diajar di dalam kelas.

Facebook

Buktinya seperti di dalam video ini apabila seorang pengajar baru masuk ke dalam kelas untuk mengajar tetapi tiada yang memberi tumpuan. Kalau ada yang mendengar pun hanya sekadar mendengar tanpa mempelajari apa-apa.

Facebook

Facebook

Namun begitu, guru lelaki itu terus mengajar sehingga dia akhirnya sedar yang para pelajarnya seperti tidak memperolehi apa-apa daripada sesi pengajaran tersebut apabila kesemuanya nampak seperti kebosanan.

Apa yang dilakukan oleh guru ini kemudiannya sangat memeranjatkan sehingga kesemua pelajarnya mula memberikan tumpuan kepadanya.

Facebook

Pengajar tersebut mula mengeluarkan bunyi-bunyi drum memandangkan mereka sedang belajar mengenai subjek Fizik. Bunyi yang dikeluarkan sangat menarik sehingga para pelajar mula memberi tumpuan.

Facebook

Pengajar tersebut kemudian terus mengeluarkan bunyi-bunyi ‘beatbox‘ yang sangat rancak sehingga satu kelas terhibur dengannya!

Facebook

Kelas yang bosan akhirnya bertukar menjadi ceria dan menyeronokkan. Guru ini nampaknya bukan sahaja bijak dalam subjek yang diajar malah sangat kreatif semasa mengajar.

Lihat aksi guru tersebut:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular