Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa peranan polis trafik adalah sangat penting. Kita mungkin hanya melihat kelibat mereka di tengah-tengah jalan raya yang sibuk namun tanggungjawab mereka lebih berat sebenarnya.

Mereka juga bukan hanya bertanggungjawab dalam menjalankan kerja mereka malah turut berdedikasi dalam memastikan pengguna jalan raya selamat dengan melakukan apa sahaja yang diperlukan termasuklah melakukan kerja-kerja di luar bidang tugas mereka.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh sepasukan pegawai polis trafik yang bertungkus-lumus membersihkan jalan raya yang terdapat sisa tanah yang bertaburan di atasnya.

Facebook

Menurut halaman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) telah memuat naik status dan gambar yang menunjukkan beberapa anggota polis trafik sedang membersihkan jalan yang penuh dengan tanah yang bertaburan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di situ.

Facebook

Membersihkan sisa tanah yang bertaburan di atas jalan raya bukanlah kerja mereka namun demi keselamatan orang ramai mereka tidak kisah untuk bekerja keras dalam memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk digunakan.

Kepada kesemua anggota polis trafik yang sangat prihatin dan bertanggungjawab, terima kasih!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular