Israa Seblani sedang tersenyum menggayakan gaun pengantin putih yang cantik ketika sesi bergambar pada hari perkahwinannya ketika letupan maut di Beirut, Lubnan tiba-tiba meletuskan gelombang yang sangat kuat sehingga sejauh 10 kilometer yang membawa kemusnahan.

Doktor yang bertugas di Amerika Syarikat ini tampil menjelaskan kepada media bahawa detik ngeri itu telah dirakam oleh jurugambarnya, menggambarkan betapa dahsyatnya letupan yang berlaku.

Semasa hari perkahwinannya yang berlangsung pada hari tragedi 4 Ogos, Dr. Israa Seblani, 29 tahun berpakaian serba putih, sedang bergaya untuk satu rakaman video yang dimaksudkan di satu lokasi dataran cantik di Beirut ketika letupan maut tersebut tiba-tiba meletus dan mengegarkan ibu negara Lubnan itu.

@Goodable/Twitter

Rakaman daripada jurugambar Mahmoud Nakib menunjukkan satu gelombang tekanan yang amat kuat dari letupan yang memusnahkan separuh bandaraya berdekatan pelabuhan yang menempatkan 2,750 ammonium nitrat yang menjadi punca letupan tersebut.

Dalam video tersebut, Dr Israa Seblani dapat dilihat sedang tersenyum manis dan berpakaian gaun pengantin di dataran bandar apabila tiba-tiba terdengar letupan kuat dan suara gemuruh mula kedengaran.

Jambangan bunga dilihat berserakan di atas tanah selepas ditiup kuat oleh gelombang letupan itu dan tudung pengantin tersebut juga dilihat berterbangan dan pengantin sendiri hampir tersungkur.

@Goodable/Twitter

Kamera itu kemudian teralih ke arah kiri, dengan kelihatan asap dan serpihan kaca, batu serta debu dapat dilihat ketika jurugambar bersama kameranya turut berlari mendapatkan pelindungan. 

Dr Israa Seblani dan suaminya, Ahmad Subeih yang berpakaian sut pengantin dilihat turut segera melarikan diri dari dataran yang hancur itu ke arah tempat yang lebih selamat. Mereka juga sempat membantu mangsa yang tercedera.

Dr Israa Seblani mengesahkan kru penggambaran serta pasangan pengantin berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

@Goodable/Twitter

Dalam temubualnya bersama media DW, Dr Israa berkata, “Pada ketika letupan berlaku, apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu, adakah saya kehilangan nyawa pada detik ini? Adakah saya akan kehilangan suami saya?”

“Tidak banyak, seperti yang kita katakan, bahagia selama-lamanya, pengakhiran kisah cinta yang bahagia,” beliau menjelaskan perasaannya.

Doktor ini tiba di Lubnan dari Amerika Syarikat dan berada di sana selama tiga minggu untuk persiapan perkahwinan dengan pasangannya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka telah merancang perkahwinan itu selama tiga tahun.

“Saya tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku, terutama pada hari perkahwinan kami. Saya bertanya kepada diri sendiri, bila detiknya saya akan menemui ajal? Bagaimana saya akan menemui ajal? Adakah saya akan merasakannya?” kata Dr Israa Seblani.

@Goodable/Twitter

Menggambarkan kesan dan akibat letupan Beirut, Dr Israa berkata amat menyakitkan hati dan perasaan untuk melihat kehancuran bandaraya itu.

“Hati saya menjadi luluh dan sebak melihat kematian ratusan orang juga ribuan yang tercedera. Dan masih terdapat ramai orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan,” katanya.

Beliau berkongsi harapan agar Beirut kembali pulih dengan kadar segera selepas tragedi letupan besar yang berada di luar jangkaan itu.

“Saya berharap semua ini akan segera berakhir. Dan kehidupan akan kembali seperti biasa kerana kita semua ketahui di Beirut itu adalah bandar kehidupan,” katanya.

Ketika ditanya apakah beliau akan mempertimbangkan untuk mengulang semula rakaman video perkahwinannya, doktor ini berkata ia perkara yang tidak sesuai.

@ReutersLatam/Twitter

“Tiada lagi kegembiraan yang sama boleh diulang. Setelah melihat orang meninggal dunia dan semua kerosakan ini berlaku di negara saya, bagaimana saya boleh berasa gembira dan meraikan hari saya? Sudah tentu saja tidak,” tegas Dr Israa.

Letupan Beirut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 170 mangsa dan mencederakan lebih 5,000 orang serta menyebabkan kira-kira 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular