Kalau dapat haiwan peliharaan yang nakal kadangkala memang memeningkan kepala. Ada sahaja tingkah laku mereka yang buatkan kita hilang kata-kata.

Hendak dimarah pun mereka bukannya faham. Jadi, suka atau tidak perlulah bersabar dengan sikap mereka yang memang nakal ragamnya.

Facebook

Misalnya seperti apa yang berlaku kepada kanak-kanak perempuan ini apabila kucingnya telah mengoyakkan kerja sekolahnya. Habis beberapa helai muka surat buku tulisnya telah dikoyakkan oleh kucing oren tersebut tanpa rasa serba salah.

Facebook

Facebook

Apa yang lebih lucu ialah reaksi kucing itu yang selamba dan langsung tidak ambil peduli akan tuannya yang sedang menangis.

Dia bahkan dengan senangnya siap ‘melepak’ di hadapan tuannya yang sedang risau tentang kerja sekolah yang akan disemak oleh gurunya nanti.

Bayangkan apabila kanak-kanak itu ke sekolah nanti dan memberi kerja sekolahnya kepada gurunya, apa agaknya yang akan dikatakan kepada gurunya nanti? Oyen… Oyen… memang nakal dan selamba!

Lihat gaya kucing tersebut selepas ‘mengerjakan’ kerja sekolah tersebut:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular