CALIFORNIA – Belum sempat menikmati wang yang dikeluarkan dari bank, seorang lelaki kerugian sekitar $200,000 (lebih dari RM837,00) apabila dia dirompak ketika meninggalkan Chase Bank di Huntington Park, California minggu lalu.

Rakaman video jelas menunjukkan kejadian tersebut apabila seorang lelaki berpakaian hitam menyerang Cornejo sehingga lelaki itu jatuh ke tanah. Sekelip mata sahaja kesemua wang tersebut ‘hilang’ dibawa lari.

Ladbible

Walaupun ketika itu Cornejo menjerit meminta bantuan dan penggera keretanya berbunyi namun tiada orang ketika itu untuk membantunya dan penjenayah tersebut terus melarikan diri.

Metro kemudian melaporkan bahawa Cornejo sebenarnya telah menjual kediamannya dan jumlah wang dimasukkan di dalam bank. Namun begitu, sejurus sahaja dia mengeluarkan wang tersebut, kesemuanya hilang sekelip mata apabila dia menjadi mangsa rompakan.

Ladbible

Menurut peguam yang mewakilinya, Nathan Soleimani memberitahu bahawa Cornejo telah memarkir keretanya paling dekat dengan bank kerana tahu yang dia akan mengeluarkan sejumlah wang yang sangat besar. Namun begitu, sebaik sahaja dia kembali ke keretanya dia terus diserang dan dirompak.

Peguam itu menambah dengan mengatakan bahawa, “Dia benar-benar berjuang untuk menyelamatkan nyawanya dan ketika dia dipukul, dia berusaha sebaik mungkin untuk mencuba dan menyimpan beg yang dibawanya.”

Ekoran kejadian itu, sepasukan penyiasat telah meniliti rakaman CCTV dari bank dan pihak FBI juga telah menjalankan pencarian. Tambahan lagi, Chase Bank juga bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan semula wang tersebut.

Ladbible

“Syukurlah dia masih hidup. Keluarganya juga bersyukur dia berjaya melalui saat sukar itu dan hanya mengalami kecederaan ringan,” kata Soleimani.

Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut untuk tampil dan menghubungi Jabatan Polis Huntington Park untuk membantu.

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular