Berapa banyak yang kita dengar tentang berita penganiayaan haiwan dengan secara kejam seolah manusia ini tiada lagi sifat belas kasihan, dan tangan-tangan mereka yang suka merosakkan alam sekitar juga turut secara tidak langsung telah menganiaya haiwan yang berada di dalam habitatnya.

Manusia yang tidak menghargai alam sekitar sebenarnya tidak mengetahui bahawa kehancuran yang mereka lakukan ke atas haiwan, sebenarnya kelak akan menghancurkan diri mereka sendiri seperti memutuskan rantaian makanan daripada haiwan yang mereka boleh makan.

Perkongsian kumpulan Thailand-Fishing dalam satu catatan marah dan sedih di Facebook mengumumkan satu berita mengharukan mengenai seekor spesies ikan mahal Arapaima betina sedang bunting dengan telurnya yang berharga telah terkorban pada 25 Julai, ketika ikan air tawar itu berada di dalam jagaan mereka.

Thailand-Fishing/Facebook

Catatan menyebut sebab kematian Arapaima betina tersebut adalah akibat perbuatan penceroboh tidak bertanggungjawab yang membuang sampah karung plastik terus ke dalam habitatnya.

Arapaima bernama Ryan, ditemui sudah tidak bernyawa dan terapung di permukaan tebing habitat jagaan dengan karung plastik membaluti perutnya, yang mungkin sebelum mati, dia telah menderita kesakitan.

Thailand-Fishing/Facebook

“Apa yang mungkin mengorbankan spesies laut seperti ikan lumba-lumba dan penyu yang kita lihat setiap hari telah berlaku hari ini di depan pintu rumah kita,” Thailand-Fishing dalam catatannya.

Ryan yang berusia 7 tahun diberi makan setiap hari dan sepanjang 188 sentimeter dengan berat 70 kilogram.

Thailand-Fishing/Facebook

Dia diberi pengebumian yang sewajarnya oleh pemilik yang memastikan karung plastik durjana itu yang menyebabkan kematiannya, perlu dibuang terlebih dahulu.

Telur yang banyak ditemui berada di dalam rahim Ryan.

Thailand-Fishing/Facebook

Pemiliknya yang sangat geram telah membuang karung plastik yang menyebabkan ikan itu menderita kesakitan sehingga mati.

Ryan diberikan upacara pengebumian yang sewajarnya.

Thailand-Fishing/Facebook

Setiap hari kita melihat sahaja alam sekitar diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya dan kita memperkatakannya tanpa berbuat sesuatu dengan memilih untuk mengabaikannya. 

Tunjukkan sikap kita untuk menghargai alam sekitar dengan tidak membuang plastik sesuka hati ke dalam habitat haiwan liar, dengan ini kita mungkin akan dapat menyelamatkan spesies haiwan yang terancam dengan kepupusan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular