Sebelum ini gempar apabila foto seorang wanita yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu bergerak bebas di sebuah restoran yang terletak di Ipoh.

Menurut laporan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menerima aduan mengenai seorang pelanggan restoran di Ipoh yang dilihat memakai gelang Individu Bawah Pengawasan (PUS).

Malay Mail

Walau bagaimanapun, gelang merah jambu berkenaan difahamkan bukanlah gelang khas yang perlu dipakai oleh PUS.

Sebaliknya, ia sebenarnya merupakan gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema, The Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang menerima laporan penafian daripada peniaga restoran berkenaan.

A Asmadi Abdul Aziz/Facebook

“Pengadu (peniaga) menerima gambar yang tular melalui WhatsApp mengatakan seorang pelanggan wanita memakai gelang merah jambu khas untuk individu dikuarantin”.

Namun setelah meneliti kamera litar tertutup (CCTV), restoran mendapati pelanggan itu bukan memakai gelang merah jambu yang dimaksudkan tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema.

Terdahulu pihak JKN Perak memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memakai gelang untuk PUS COVID-19 yang didakwa berada di sekitar sebuah kedai makan di Ipoh.

Difahamkan juga bahawa satu laporan polis turut dibuat dan siasatan lanjut mengenai hal itu turut dijalankan oleh piihak JKN Perak sebelum ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular