Sesi Dewan Rakyat merupakan platform di mana orang awam dapat menyaksikan sendiri bagaimana sesuatu isu itu dibangkitkan dan dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen yang bersidang.

Dan sudah tentulah, setiap apa yang dilakukan oleh ahli parlimen mendapat perhatian rakyat, bukan? Seperti apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Baru-baru ini, Syed Saddiq berjaya mencuri tumpuan warganet apabila beliau dilihat menunjukkan sisi pemurahnya menerusi satu foto yang dimuat naik di laman Facebook.

“Bekal saya di Parlimen hari ini. Kalau MP lain nak share, lepas ni saya bawa extra sikit”, tulisnya pada foto yang dimuat naik berkenaan.

Menerusi foto itu, jelas kelihatan bekas makanan yang dipenuhi dengan buah potong selain sebungkus biskut Oat Crunch dan juga snek bar daripada Milo.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook

“Lepas ini kalau ada makan makan di Parlimen, ajaklah saya”, tambahnya lagi yang turut diakhiri dengan tanda pagar #SharingIsCaring.

Tindakan Syed Saddiq itu ternyata mendapat pujian daripada pengguna media sosial. Rata-rata memuji sikap  beliau.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook

Menurut beliau, amalan membawa bekal itu sudah pun diamalkannya semenjak di bangku sekolah lagi. 

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq sebelum ini juga ada berkongsi menu bekal makanannya yang sihat. Anda boleh lihat video di bawah :

Jadi kalau kita juga mahu kekal sihat dan cergas seperti Syed Saddiq, bolehlah ikut menu seperti video yang telah dikongsikan tadi. Sangat menyelerakan dan tentunya sihat!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular