Kasih terhadap binatang, seorang pemuda difahamkan telah mengambil seekor anak kucing yang ditinggalkan oleh ibunya, untuk dibela.

Apa yang menyedihkan adalah anak kucing itu masih lagi kecil dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Mujurlah ada lelaki yang baik hati bernama Alan ini.

Imgur/alanzgweb

Anak kucing comel tersebut diberi nama Sansa. Sansa telah ditinggalkan ibunya semenjak anak kucing malang itu dilahirkan.

Imgur/alanzgweb

Tubuh Sansa pada mulanya sangat kurus ekoran tidak dapat bekalan susu daripada ibunya, sehingga tubuh Sansa kelihatan hanyalah tulang sahaja.

Ibu Sansa dipercayai bertindak untuk meninggalkan anaknya itu kerana berasakan bahawa Sansa tidak mampu bertahan untuk kekal hidup.

Imgur/alanzgweb

Jadi, Sansa dibiarkan begitu sahaja agar ibu kucing terbabit dapat memberi perhatian sepenuhnya untuk menjaga anak-anaknya yang lain.

Namun semangat Sansa untuk kekal hidup amat kuat. Ketika itulah Alan muncul menjadi penyelamat hidupnya.

Sansa tidak berasa takut dengan Alan sehingga tertidur pada ‘bapa’ barunya itu. Sansa juga tidak berhenti menghasilkan dengkuran manja. Mungkin saat itu, Sansa pertama kali merasa kasih sayang.

Imgur/alanzgweb

Alan difahamkan memberikan susu menggunakan botol kepada Sansa sebagai menggantikan peranan ibu Sansa.

“Sansa merupakan haiwan paling kecil saya pernah lihat”, kata Alan yang mendedahkan bahawa Sansa akan mengikut sahaja ke mana dia pergi di dalam rumah.

Imgur/alanzgweb

Imgur/alanzgweb

Di rumahnya, segala keperluan Sansa sedaya upaya dipenuhi oleh Alan. Sansa mempunyai mainan dan ‘katil’ sendiri yang cukup selesa. Pasti Sansa begitu gembira dengan kehidupannya kini.

Imgur/alanzgweb

Tubuh Sansa juga tidak lagi kurus seperti dahulu. Kini Sansa makin sihat dan lincah..

Imgur/alanzgweb

Imgur/alanzgweb

Semoga terus membesar dengan sihat dan gembira ya Sansa!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular