Pada tahun 2010, gambar bapa dan anak lelaki yang diambil oleh jurugambar Xu Kangping di Chongqing menjadi popular di internet. Bapa dalam gambar itu adalah seorang porter. 

Dia membawa lebih 100 barang setiap hari sambil menjaga anak lelakinya yang berusia 3 tahun, berjalan menuruni tangga dalam keadaan tenang tanpa pernah rasa terbeban.

Jurugambar itu berkata, “Dia memikul keluarga di bahunya, memeluk diri sendiri dengan mulutnya, dan tangannya memegang masa depan.”

Nama bapa ini ialah Ran Guanghui. Gambar kegigihan ayah ini mencari rezeki bersama anaknya menjadikan dirinya popular, namun hidupnya tidak banyak berubah. Dia masih memikul barang dan menghantar barang itu setiap hari.

Dengan jujur dia ​​berkata, “Hanya perniagaan sahaja yang menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Majikan mempercayai saya dan berkata mereka telah melihat saya di televisyen, jadi saya orang yang boleh dipercayai.”

Sepuluh tahun telah berlalu dan secara beransur-ansur ramai orang mula melupakan porter biasa ini, tetapi jurugambar Xu Kangping tidak pernah melupakan Ran Guanghui.

Setiap kali melawat Chongqing, dia akan bertemu Ran Guanghui, bertanya khabar, makan bersama dan mengambil gambar keluarganya.

Kampung halaman Ran Guanghui terletak di kawasan desa wilayah Dianjiang. Ketika berusia 20 tahun, dia memanfaatkan waktu kurang sibuk bertani dengan membantu peniaga memikul barangan untuk menjana lebih wang. 

Ketika ladang kembali sibuk, dia pulang ke kampung untuk melakukan kerja pertanian. Kehidupan ini telah berlangsung selama bertahun-tahun. Hingga tahun 2009, Ran Guanghui yang berusia hampir 40 tahun telah berpindah ke Chongqing bersama isteri dan anak mereka yang baru lahir.

Semasa pertama kali tiba di bandar, keluarga Ran Guanghui tinggal di sebuah bandar usang yang sangat dekat dengan pasar borong. Mereka pergi bekerja dengan berjalan kaki. Pelanggan sering memanggil di awal pagi, maka dia dapat sampai ke sana dengan cepat.

Rumah kecil tempat tinggalnya agak sempit dan usang. Saban tahun, sewa rumah menjadi semakin tinggi dan terus meningkat. Ran Guanghui benar-benar tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Dia mengetap gigi dengan terus bertahan untuk membeli sebuah rumah sendiri yang berukuran 60 meter persegi pada tahun 2016. Rumah itu dibeli dengan pinjaman, yang dibayar setiap bulan. Maka, beban di bahu Ran Guanghui menjadi lebih berat.

Ran Guanghui bekerja 350 hari dalam setahun, membawa dan menghantar barang setiap hari, tidak kira panas atau hujan, kecuali pada hari pertama Tahun Baru Cina dan hari cuti tertentu, selainnya dia tidak pernah berehat. 

Setiap kali dia membawa beberapa kilogram hingga bertan-tan barangan tidak kira musim bunga, musim panas, musim gugur atau musim sejuk, memulakan kerja itu pada jam 5 atau 6 pagi dan berakhir dengan pulang ke rumah pada jam 5 atau 6 petang.

Setiap kali membawa barangan, dia akan menanggalkan jaket dan bajunya, menggunakan tubuh sasa dengan tulang kuat empat keratnya sendiri untuk memikul atau menggendong barangan itu agar tidak tergelincir. 

Bungkusan dan barangan seberat beberapa kilogram yang dia berjaya habiskan mengambil masa 10 minit hingga setengah jam untuk dibawa, dari tingkat pertama hingga kadang-kadang ke tingkat sepuluh, dengan upah sekitar 10 yuan. Berbanding 10 tahun lalu, upahnya kini telah meningkat beberapa yuan lebih lumayan.

Ran Guanghui menghabiskan lebih dari RMB400,000 (RM244,000) untuk membeli rumah selesa, berdasarkan pakej 10 yuan itu. Dia harus membawa sebanyak 40,000 bungkusan dan barangan. Ran Guanghui harus membawa dan menghantar kira-kira satu tan barang setiap hari.

Sebanyak 350 tan barang dipikul di bahu dan tangannya dalam setahun. Dalam masa 10 tahun, sudah 3,500 tan barang telah dipikulnya. Baginya, ‘bebanan hidup’ bukan hanya sebagai perkataan kiasan.

Rumah Ran Guanghui tidaklah besar, tetapi kini ia lebih bersih dan kemas. Dia sangat berpuas hati dengan kehidupannya sekarang, kerana ia jauh lebih baik daripada sebelumnya. 

Dengan memiliki rumah sendiri, anak lelakinya tidak perlu menggunakan lampu dapur untuk menyelesaikan kerja sekolah, dan isterinya tidak perlu lagi bimbang tentang berita kenaikan sewa. Satu keluarga boleh duduk berkumpul untuk makan malam dan menonton televisyen.

Walaupun Ran Guanghui bekerja keras dan keletihan, keluarga bahagia dan ceria yang dimilikinya dapat menghilangkan rasa keletihan itu.

Semasa usianya yang semakin meningkat, Ran Guanghui tidak selamanya boleh bergantung kepada kekuatan tenaganya untuk memikul barang.

Tulang belakangnya kini kadang-kadang berasa tidak selesa, tetapi dia jarang pergi ke hospital, dan meneruskan kudrat untuk bekerja. Bapa ini selalu berkata, “Ia hanya keringat keletihan!”

Ran Guanghui akan berbual dengan porter lain semasa rehat. Dia juga akan mendapat sedikit masa rehat dengan kerja-kerja lebih ringan, seperti membantu orang memindahkan perabot, atau memuat dan memunggah bahan binaan. 

Pendapatan tambahan tersebut boleh tahan juga bayaran upahnya. Ramai orang berpendapat bahawa Ran Guanghui sangat praktikal dan jarang curi tulang, kerana itu mereka akan datang sendiri kepadanya untuk meminta bantuan dan memberinya pendapatan sampingan.

Ketika gambar tular tahun 2010, anak lelaki Ran Guanghui baru berusia 3 tahun. Pada masa itu, isterinya bekerja di sebuah restoran dan tidak mempunyai masa untuk menjaga anak. Ran Guanghui terpaksa membawa anak lelakinya ke tempat kerja setiap hari. Kini anak lelakinya sudah memasuki usia remaja! 

Ran Guanghui jarang membelanjakan wang untuk dirinya sendiri, dan berjimat-cermat demi anak lelaki kesayangan. 

Kata Ran Guanghui, “Semua usaha saya adalah untuk anak. Sekiranya saya hidup sedikit lebih sukar, maka masa depan anak saya akan menjadi lebih baik.”

Anak lelaki Ran Guanghui kini sudah bersekolah di peringkat menengah. Dia sangat pintar dan prestasinya di sekolah sentiasa terbaik. Dan dia juga biasa membantu ayahnya di rumah dan kadang-kadang di tempat kerja dengan melakukan apa yang termampu.

Anak lelaki Ran Guanghui tidak pernah berasa rendah diri atau malu dengan pekerjaan bapanya sebagai seorang porter. 

Sebaliknya, dia berasa amat bangga dengan bapanya. Dia berharap dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan wang yang banyak untuk menyara ibu bapanya secepat mungkin, agar bapanya dapat bersara awal dan berehat daripada kerjanya yang sukar.

Sementara Ran Guanghui pula berkata dalam masa 10 atau 15 tahun, ketika anaknya sudah benar-benar dewasa, baru dia dapat berehat.

Ran Guanghui masih perlu bekerja keras setiap hari, tetapi dia juga penuh harapan, mahukan perubahan kehidupan yang semakin baik hari demi hari.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular