Melintas jalan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Seseorang itu haruslah perlu fokus dan meletakkan perhatian sepenuhnya pada persekitaran sebelum melintas.

Dan nampaknya bukan manusia sahaja yang memerlukan kemahiran melintas jalan sebegini. Ini kerana, seekor ibu landak (hedgehog) dilihat begitu fokus dalam memastikan anak-anaknya melintas jalan dengan selamat.

NTD Television/Facebook

Berdasarkan sumber, kejadian itu difahamkan berlaku pada 13 Julai yang lalu di sebuah jalan yang terletak di Palokka, Finland.

Berikut merupakan videonya :

NTD Television/Facebook

Menerusi video berdurasi 42 saat terbabit, dapat dilihat seekor ibu landak bersama dengan empat ekor anak-anaknya di sebuah jalan.

Ibu landak tersebut berulang kali menoleh ke belakang bagi memastikan setiap langkahnya diikuti rapat oleh si anak. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

NTD Television/Facebook

Pada mulanya, hanya seekor sahaja anaknya yang mengikuti. Manakala baki tiga ekor yang lain hanya membatukan diri dan tidak bergerak.

Sehinggalah ibu landak tersebut patah semula ke belakang untuk sekali lagi memastikan kesemua anaknya mengikut jejak langkahnya.

NTD Television/Facebook

Tetapi yang seekor itu pula berpatah balik. Macam-macam! Namun mujurlah akhirnya kesemua anak-anak landak yang comel itu berbaris lalu mengikuti ibunya melintas jalan.

Betapa bertanggungjawab si ibu dalam memastikan keselamatan anak-anak kesayangannya. Benarlah bahawa haiwan juga sayangkan anak-anak mereka, bukan?

Jadi, contohilah sikap ibu landak ini ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular