Kura-kura lazimnya amat sinonim dengan pergerakan yang perlahan. Dengar sahaja cerita orang dahulu kala, pasti ada melibatkan pergerakan sang kura-kura yang begitu perlahan.

Ini kerana mereka tidak memerlukan pergerakan pantas untuk mencari makanan, memandangkan mereka adalah haiwan herbivor. Tumbuhan ada di mana-mana sahaja, bukan?

Foto hiasan/SCMP

Oleh kerana pergerakan kura-kura yang sangat perlahan, maka sudah pasti suatu aktiviti yang dijalankan oleh haiwan tersebut memakan masa yang agak lama.

Seperti apa yang berlaku pada seekor kura-kura ini. Beberapa foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @iyashichannel_ mendapat perhatian warga Twitter.

@iyashichannel_/Twitter

Mana tidaknya, foto tersebut menunjukkan seekor kura-kura bersama seekor lagi kucing yang berkemungkinan merupakan rakannya.

“Kucing itu tertidur kerana menunggu rakannya habis makan untuk bermain selepas itu”, tulis tweet tersebut.

Pada mulanya, kita dapat lihat dengan jelas bahawa si kucing sedang menemani rakannya, si kura-kura yang sedang makan.

@iyashichannel_/Twitter

Mungkin agak lama menunggu rakannya selesai makan maka si kucing pun ketiduran…

@iyashichannel_/Twitter

Nampak juga makanan si kura-kura yang luak sedikit. Manakala rakannya, si kucing pula lena dibuai mimpi.

@iyashichannel_/Twitter

Setia juga si kucing menunggu rakannya hingga tertidur walaupun rakannya itu mengambil masa yang agak lama.

Apa agaknya yang berlaku selepas si kucing tidur ya? Adakah kucing itu akan tersedar dan mereka bermain kemudiannya? Ataupun si kura-kura itu pun ikut tertidur juga?

Apa-apa pun, aksi mereka berdua sungguh comel dan menghiburkan. Walaupun tidak dapat bermain bersama, kucing itu enggan meninggalkan rakan baiknya keseorangan..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular