Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng difahamkan telah bermalam di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila beliau telah ditahan pada 6 Ogos yang lalu.

Ia berhubung dengan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan beliau difahamkan didakwa pada awal pagi 7 Ogos di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta.

SPRM menerusi kenyataan media menjelaskan bahawa pihaknya telah mendapat keizinan daripada Peguam Negara bagi menuduh Guan Eng atas kesalah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Selain itu, beliau juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Ahli Palimen Bagan itu dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah pada 6 Ogos. Beliau tiba di SPRM pada jam 9:10 malam menaiki kenderaan jenis Vellfire berwarna putih.

Pada 30 Jun lalu, SPRM telah telah menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan mengenai elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Kemudian pada 26 Julai, Guan Eng hadir kali ketiga bagi memberi keterangan kepada SPRM susulan kes perojek terowong berkenaan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM6.3 bilion.

Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ke tiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Kes itu difahamkan telah disiasat oleh pihak SPRM semenjak tahun 2017.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan.

Atau denda sebanyak RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan terkini, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular