Beberapa hari akan datang, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump difahamkan akan menangani ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh aplikasi berkaitan dengan Parti Komunis China (PKC).

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, di mana aplikasi yang dimaksudkan itu termasuklah TikTok.

Pada 31 Julai, Trump memberitahu bahawa beliau akan melarang TikTok di AS dalam kadar segera (1 Ogos). Sungguhpun begitu, ia tidak diumumkan oleh White House.

“Cukup, kita akan menanganinya”, dedah Pompeo yang menjelaskan bahawa itu apa yang dikatakan oleh Trump.

Gambar Hiasan/Twitter

Perkara itu didedahkan Pompeo semasa diwawancara menerusi program Fox News, ‘Sunday Morning Futures’ pada 2 Ogos lalu.

“Oleh itu, beliau akan mengambil tindakan dalam beberapa hari mendatang memandangkan perisian aplikasi berkaitan dengan PKC itu, melibatkan pelbagai risiko keselamatan negara”.

TikTok walau bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen kepada The Epoch Times berhubung perkara ini. Pada 31 Julai lalu, wakil syarikat itu di AS mengatakan bahawa aplikasi mereka tidak ‘merancang untuk pergi ke mana-mana’.

Pegawai AS dan pakar keselamatan siber telah lama memberi amaran bahawa aplikasi itu adalah alat pengawasan PKC. Ianya sangat popular dalam kalangan generasi muda di AS – digunakan lebih 100 juta individu di AS.

Berikutan kenyataan Trump, Pompeo menjelaskan bahawa tindakan berikutnya akan mensasarkan kepada perisian yang berhubung dengan PKC.

Mark Wilson/Getty Images

Setiausaha negara itu menunjukkan bahawa pentadbiran sedang mempertimbangkan tindakan eksekutif untuk menyelesaikannya. “Saya rasa anda akan lihat pengumuman presiden tidak lama lagi”, kata Pompeo.

Tambah Pompeo, syarikat perisian China ini menjalankan perniagaan di AS – TikTok atau WeChat dan banyak lagi. Ia memberi data secara langsung kepada PKC dan alat keselamatan nasional mereka.

Ia mungkin menyalurkan maklumat tentang tempat tinggal, nombor telefon, rakan serta dengan siapa pengguna berhubung. Itulah isu yang akan diatasi, ia merupakan masalah keselamatan negara dan privasi rakyat AS.

Trump mengumumkan larangan itu setelah muncul laporan melibatkan Microsoft yang berniat untuk membeli TikTok.  Menurut Trump, beliau tidak akan menyokong pembelian tersebut.

Kemudian pada petang 2 Ogos, Microsoft menjelaskan bahawa syarikat itu akan meneruskan perbincangan dengan TikTok setelah membincangkan perkara itu dengan Trump.

“Perbincangan dengan ByteDance akan dibuat berdasarkan pemberitahuan kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing AS”, jelas Microsoft dalam satu kenyataan rasmi.

Gambar Hiasan/Facebook

Kedua-dua syarikat, Microsoft dan ByteDance akan menyediakan notis pemberitahuan tentang niat melibatkan urusan pembelian TikTok di AS, Kanada, Australia dan New Zealand, di mana Microsoft akan memiliki dan mengoperasikan TikTok di negara tersebut,

Pemimpin Minoriti Senat, Chuck Schumer berkata bahawa terdapat dua persoalan yang perlu diselesaikan jika pembelian itu berlaku, iaitu apa yang TikTok bakal lalui.

Ia termasuklah sama ada entiti yang dihasilkan itu akan mengekalkan hubungan dengan rejim komunis China. Serta, dimanakah data akan disimpan?

“Saya sangat menentang TikTok. Saya adalah orang pertama yang mendedahkan kaitannya dengan PKC. Dan saya mendesak agar TikTok tidak digunakan lagi di AS”, kata Schumer.

Penggunaan TikTok telah dibatasi di beberapa sektor swasta dan awam di Amerika Syarikat dan di luar negara.

Pada 20 Julai, Dewan Perwakilan telah memilih tindakan untuk melarang TikTok daripada semua alat yang dikeluarkan dan digunakan oleh pihak kerajaan.

Wells Fargo baru-baru ini mengarahkan pekerja untuk membuang TikTok, sementara jawatankuasa nasional Demokratik dan Republik telah memberi amaran kepada kakitangan mereka agar tidak menggunakan aplikasi tersebut.

India pula melarang TikTok dan 58 aplikasi China yang lain pada Jun lalu ekoran ia menimbulkan ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Disember lalu, Pentagon memerintahkan anggota tentera untuk menghapuskan aplikasi itu daripada peranti kerajaan.

Gambar Hiasan/Twitter

Pada 2019, TikTok membayar denda $5.7 juta untuk menyelesaikan tuduhan AS mengenai pengumpulan maklumat peribadi secara haram daripada pengguna berusia 13 tahun ke bawah.

Ianya telah melanggar undang-undang privasi kanak-kanak. Sementara Korea Selatan pula mendenda TikTok kerana pelanggaran privasi yang serupa baru-baru ini.

Laporan oleh firma penyelidikan keselamatan, Penetrum mendapati bahawa aplikasi tersebut melakukan pengambilan data yang berlebihan.

“Berdasarkan pemahaman dan analisis, TikTok melakukan pengesanan terhadap pengguna secara berlebihan”.

Sebahagian data yang akan diambil jika ianya tidak disimpan sepenuhnya pada laman web China dengan penyedia perkhidmatan internet, Alibaba – syarikat internet utama di China.

The Epoch Times pada Julai lalu ada melaporkan tentang ByteDance, selaku syarikat induk TikTok yang menyewa sensor di China untuk membuat kandungan polis pada aplikasi daripada seluruh dunia.

Pada 28 Julai, enam senator Republik menulis kepada John Ratcliffe (Pengarah Perisikan Nasional), Christopher Wray (Pengarah FBI) dan Chad Wolf (pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri) mengenai kebimbangan terhadap TikTok.

Menurutnya, TikTok berkemampuan untuk mempengaruhi pilihan raya AS dengan menekan kumpulan sasaran dan menyebarkan rangkaian bot untuk membuat atau menyokong naratif tertentu.

Aplikasi ini sebelumnya telah menapis seorang remaja AS yang mengkritik penganiayaan umat Islam Uighur di Xinjiang oleh rejim China, serta seorang pelajar China yang mengejek lagu kebangsaan China.

Penggodam China sebelum ini telah mencuri data peribadi puluhan juta rakyat AS dalam dekad yang lalu, termasuklah terhadap lebih daripada 22 juta bekas dan pegawai kerajaan.

PKC juga berkemungkinan telah mengumpulkan lebih banyak data dengan cara yang lain untuk melakukan triangulasi dan mensasarkan individu tertentu di AS atau keluarganya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular