Di Malaysia, kajian mendedahkan bahawa lebih daripada 50% kematian akibat kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang motosikal.
Ini bermakna bahawa penunggang motosikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah dengan kemalangan jalan raya.
Baru-baru ini, satu rakaman video di Twitter daripada kamera papan pemuka sebuah kereta jelas menunjukkan satu insiden kemalangan yang melibatkan motosikal.
Seram tengok pic.twitter.com/HH789PG32W
— ????? ???. (@Azlan_INC) August 4, 2020
Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira 7:51 pagi pada 4 Ogos lalu, di susur keluar Exit 603 Subang Jaya, Lebuhraya Elite.
Kelihatan sebuah Alza berwarna putih pada mulanya berbaris di lorong paling kiri sebelum dilihat memberikan lampu signal untuk ke kiri.
Sebaik sahaja lampu itu dinyalakan, kereta itu meluru sahaja bergerak ke kiri untuk ke susur keluar berkenaan.
Ekoran pelanggaran yang kuat, dapat dilihat mangsa terpelanting jatuh ke atas jalan. Seorang penunggang motosikal lain pula juga melanggar mangsa kerana tidak sempat mengelak.
Setelah beberapa ketika, penunggang tersebut berhenti di tepi jalan dan cuba membantu mangsa. Video itu tular di laman sosial dan menerima kecaman daripada netizen.
@Azlan_INC/Twitter
Tidak semena-mena, penunggang motosikal yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Tidak tahulah apa nasib penunggang motosikal berkenaan.
Ingatlah, sentiasa berwaspada ketika di jalan raya. Untuk pemandu kereta, jangan sesuka hati menukar lorong tanpa memastikan keadaan jalan terlebih dahulu.
Maybe you're interested :
- Kepetahan dua budak Nigeria cakap Melayu buat netizen terpana, sempat pula bergurau dengan tukang rakam
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Seronok betul mengajaknya bersembang, ada sahaja yang mahu diceritakan oleh kucing comel ini