Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan peluncur ombak berada kira-kira 10 meter dari kedudukan ikan paus Southern Right yang sedang berenang tenang dalam penghijrahannya ke satu lokasi musim panas di pantai yang terletak di New South Wales, Australia.

Rakaman video telah ditonton lebih 3.7 juta netizen yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Trenny M menunjukkan pemandangan hebat dari udara akan pertemuan menakjubkan sekumpulan peluncur ombak dengan duo anak beranak ikan paus Southern Right yang sedang berenang tenang di pantai Manly di utara Sydney dengan diiringi sekumpulan ikan lumba-lumba.

All Everything Dolphin/Facebook

Pertemuan dengan spesies ikan paus dan ikan lumba-lumba yang hanya dapat dirasai oleh kalangan orang yang bertuah sahaja, dan para peluncur ini adalah antara mereka yang sangat bertuah, dapat berdamping dengan spesies ikan paus ini secara sangat dekat.

All Everything Dolphin/Facebook

Pakar marin dan hidupan liar yang melihat rakaman video ikan paus menakjubkan itu berkata kepada Guardian Australia bahawa ikan paus spesies Southern Right sedang berhijrah bersama anaknya ke arah utara ketika musim panas sebelum kembali semula ke arah selatan ke dalam air yang lebih sejuk.

All Everything Dolphin/Facebook

Salah seorang peluncur terbabit dikenali sebagai Josh berkata kepada media ini bahawa dia tidak pernah melihat ikan paus, apatah lagi yang datang begitu dekat dengan pantai di Manly.

“Ada sedikit petunjuk yang berlaku dan saya melihat tompok hitam bulat dan terdapat si kecil juga berada di sana,” kata Josh yang amat teruja ketika mendekati ikan paus ibu dan anak itu.

All Everything Dolphin/Facebook

“Ibu paus amat pintar dan dia datang dengan cepat, saya fikir ketika itu dia menyedari betapa dekatnya semua orang yang mahu melihatnya,” kata Josh.

“Anda sering melihat ikan paus dari jarak jauh tetapi yang ini sampai tepat berdekatan tempat ramai orang yang sedang menggantung papan luncur mereka,” tambah Josh yang amat seronok dapat bermain papan luncur ombaknya bersama ikan paus dan ikan lumba-lumba.

All Everything Dolphin/Facebook

Dalam rakaman video itu, sebilangan peluncur ombak yang berada di pantai tersebut kelihatan mengambil peluang untuk mendayung papan luncur mereka secara lebih dekat bagi mendapatkan pemandangan lebih baik demi berdamping dengan paus Southern Right itu, satu pengalaman meluncur ombak yang tidak akan dapat dilupakan buat seumur hidup.

All Everything Dolphin/Facebook

Musim panas adalah musim ikan paus seperti spesies Southern Right ini melakukan penghijrahan ke kawasan lautan dan pantai arah utara untuk membiak serta mendapatkan makanan, sebelum kembali semula ke habitat asal mereka di kutub selatan pada musim sejuk.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular