Kami percaya, ramai antara kita yang gemar ‘mencuri’ sedikit masa lapang untuk mendapatkan sedikit waktu tidur yang menyegarkan setelah penat bekerja. Dan, salah satu posisi tidur siang di atas meja kerja yang ditunjukkan menerusi gambar di bawah ini pasti biasa anda lakukan.

Tanpa anda ketahui, posisi tidur siang yang sering anda lakukan itu sebenarnya boleh menggambarkan personaliti diri anda. Jadi, mari ketahuinya sekarang!

Posisi tidur siang 1: tidur siang sambil menyilangkan tangan

Anda mempunyai sifat kepemimpinan yang sangat tinggi, permintaan diri yang sangat tinggi, bersemangat, dan penuh keyakinan diri.

Posisi tidur siang 2: tidur siang sambil menongkat dagu di atas meja

Keperibadian dan humor anda mudah difahami oleh orang lain, dan anda terbuka terhadap banyak perkara. Dengan sifat sederhana dan semula jadi, anda bijak memahami situasi orang lain.

Posisi tidur siang 3: tidur siang sambil meletakkan tangan di atas kepala

Anda akan selalu memikirkan tentang masa hadapan, menghargai masa kini, dan berpuas hati dari semasa ke semasa. Anda adalah orang yang sangat cerdas dan stabil.

Posisi tidur siang 4: tidur siang sambil separuh badan ‘meniarap’ di atas meja

Anda adalah manusia yang selalu setia dengan langkah anda sendiri, melayan orang  lain dengan ikhlas, dan mempunyai rasa profesionalisme yang kuat. Selain itu, anda juga seorang yang sangat mengagumi kebebasan.

Posisi tidur siang 5: tidur siang sambil menongkat kepala di atas meja

Anda adalah seorang yang sangat mencintai diri sendiri, akan berpegang teguh pada diri sendiri, dan mengagumi kebebasan. Disamping itu, anda juga adalah seorang yang sangat menawan!

Posisi tidur siang 6: tidur siang sambil menyengguk

Anda mempunyai keperibadian yang sederhana dan disenangi ramai, anda sangat terkenal dan mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat.

Posisi tidur siang 7: tidur siang sambil menongkat wajah menggunakan pergelangan tangan

Anda adalah seorang yang sering berhati-hati dan konservatif. Disamping itu, anda juga merupakan seorang yang sangat arif dalam analisis rasional dan anda tidak takut dengan tingkah laku yang kasar. Disebabkan itu, orang lain cenderung mudah berasa ‘rapat’ dengan anda.

Posisi tidur siang 8: tidur siang dengan meletakkan wajah di atas meja

Anda adalah seorang yang ceria dan boleh membangkitkan suasana. Lazimnya, anda merupakan seseorang yang boleh dipercayai.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular