Kita dididik untuk sentiasa melakukan kebaikan bukan sahaja sesama manusia tetapi juga kepada haiwan. Disebabkan itulah wujud banyak persatuan dan organisasi yang ditubuhkan khusus untuk menjaga kebajikan haiwan liar dan terbiar.

Misalnya kejadian kerbau terperangkap di dalam parit kecil berdekatan lampu trafik Kampung Ramayah, Sabah. Kejadian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Richard Chong. Menerusi perkongsian itu, Richard telah menerima aduan daripada kenalan mengenai insiden malang itu.

Richard Ong/Facebook

Berita mengenai kejadian malang yang menimpa kerbau berkenaan menular dengan pantas dan akhirnya telah sampai ke pengetahuan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Kinabalu. Anggota penyelamat APM kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian di mana kerbau tersebut terperangkap.

Richard Ong/Facebook

Selepas beberapa jam, kerbau ini akhirnya berjaya diselamatkan terima kasih atas pertolongan daripada para penyelamat dan juga orang awam yang membantu menyebarkan berita kejadian.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian ini telah berjaya mendapat banyak reaksi daripada pengguna Facebook. 

Richard Ong/Facebook

“Tahniah APM. Agaknya kerbau siapa itu?”

“Terbaik APM. Tapi kerbau siapa ini? Jangan biarkan lepas sesuka hati. Jalan di sini gelap pada waktu malam dan boleh menyebabkan kemalangan”.

“Jutaan terima kasih kepada individu yang membuat aduan dan pihak terlibat yang menjalankan tanggungjawab. Semoga segala kebaikan berbalik kepada anda”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular