Dalam kehidupan ini, peraturan dan undang-undang telah diwujudkan bertujuan untuk mengawal tingkah laku masyarakat sekali gus menjamin kesejahteraan bersama.

Peraturan jalan raya misalnya ditetapkan bagi memastikan keselamatan setiap pengguna jalan raya. Namun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang memandang ringan akan perkara ini dengan melanggar isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju yang dibenarkan dan pelbagai lagi kesalahan jalan raya yang lain.

Mungkin ada yang masih bernasib baik tetapi sekiranya anda menonton video yang akan dikongsikan ini, anda pasti akan berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan untuk melanggar lampu isyarat merah. 

Info Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Baru-baru ini, Info Roadblock JPJ/POLIS telah berkongsi sebuah video berdurasi 24 saat yang menular dan mendapat perhatian menyeluruh daripada pengguna internet. Insiden yang dilaporkan berlaku pada 30 Julai itu melibatkan seorang pemandu kereta yang memandu secara laju dan melanggar lampu merah.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan segera memberhentikan keretanya tepat di garisan kuning setelah bertembung dengan kereta polis dari arah bertentangan.

Dalam video yang dirakam dari kamera kereta itu, dapat dilihat dengan jelas sebuah kereta polis yang sedang menuju ke persimpangan berdekatan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur Tun HS Lee.

Lampu isyarat menunjukkan warna hijau dan kereta polis berkenaan secara tiba-tiba terpaksa melakukan hentian mengejut apabila sebuah kenderaan dari arah kanan cuba untuk melanggar lampu isyarat.

Info Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Pemandu yang berhenti di kotak kuning itu kemudiannya perlahan-lahan membuat perjalanan ke bahu jalan diekor oleh kereta polis tersebut. Turut kelihatan siren polis telah dinyalakan sekali gus menandakan bahawa pemandu berkenaan pasti bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Penularan video tersebut sehingga kini berjaya meraih 4.3k tanda suka di mana rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian yang malang itu. Antara komen pengguna Facebook yang menarik adalah:

Info Roadblock JPJ/Polis/Facebook

“Semua orang pernah melanggar lampu isyarat sebelum ini tetapi tuah tidak menyebelahi lelaki ini”.

“Adalah menjadi satu kesalahan untuk berhenti pada kotak kuning. Tidak kira sama ada dia berhenti atau meneruskan pemanduan, kedua-duanya tetap dikira sebagai kesalahan”.

“Macam sesuai pula situasi dengan lagu di radio”.

Tidak pasti sama ada lelaki ini dikenakan saman atau tidak. Tetapi diharap kejadian ini akan menjadi pedoman bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga semua pengguna jalan raya di luar sana agar tidak meniru kejadian ini.

Lihat rakaman di bawah:

Info Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular