Sebelum ini, terdapat satu insiden yang dilaporkan berkenaan dengan serangan anjing terhadap seorang wanita di Melaka.

Mangsa difahamkan sedang berjalan melewati kawasan perumahan dan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan buku lali akibat digigit oleh anjing spesies pitbull itu.

Pemilik anjing itu telah pun di dakwa di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda tidak lebih daripada RM2,000 atau kedua-duanya kerana cuai.

Difahamkan bahawa anjing itu juga telah diambil oleh pihak berkuasa dan ditempatkan dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan.

 Namun rata-rata netizen yang prihatin masih tertanya-tanya apakah nasib yang bakal menimpa anjing tersebut? Adakah anjing itu akan diselamatkan?

“Diakui anjing Pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis”, tulis akaun rasmi Persatuan Haiwan Malaysia – Animal Association Malaysia di laman Facebook.

Tambah akaun itu, seluruh masyarakat pencinta haiwan sedang menunggu keputusan sama ada nasib anjing ini bakal dilupuskan atau dijadikan anjing pengawal.

“Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing Pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan”, tulis akaun itu lagi.

Ternyata rakyat Malaysia sangat penyayang dan tidak sampai hati ‘menghukum’ anjing tidak berdosa itu, dengan membunuhnya.

Benar, dalam hal ini kesalahan bukan terletak pada anjing tersebut. Pemiliknya yang harus bertanggungjawab..

Persatuan Haiwan Malaysia – Animal Association Malaysia/Facebook

Ramai yang berpendapatan bahawa anjing tersebut boleh dilatih di bawah jagaan individu yang bertanggungjawab ataupun diserap masuk ke unit K9 Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Apa pendapat anda? Jika berminat dan mampu membela dan menjaganya, hubungi DSV di talian 06-232 5103 ya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular