Satu letupan besar menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan pada jam lebih kurang 6:07 petang 4 Ogos lalu, berpunca daripada kebakaran yang berlaku berhampiran kawasan pelabuhan.

Difahamkan setakat ini, sekurang-kurangnya insiden berkenaan telah mengorbankan 78 orang manakala lebih 4,000 individu yang lain mengalami kecederaan.

Sumber mengatakan bahawa terdapat mercun yang berada di gudang berhampiran dengan pelabuhan – tempat berlakunya kebakaran dan juga letupan itu.

STR/AFP via Getty Images

Perdana Menteri, Hassan Diab mengatakan bahawa kira-kira 2.750 tan ammonium nitrat (bahan letupan) telah disimpan di gudang berkenaan selama enam tahun.

Menurut Ketua Keselamatan Am Lubnan, bahan tersebut yang berada di situ merupakan hasil rampasan beberapa tahun yang lalu.

Letupan tersebut kelihatan sangat dahsyat dan mengakibatkan malapetaka di hampir semua kawasan di Beirut. Gelombang letupan itu dapat dilihat menerusi video di bawah :

 

 

Bangunan sejauh 10 kilometer daripada lokasi letupan telah rosak teruk. Manakala jalan raya dipenuhi dengan kaca yang pecah.

ANWAR AMRO/AFP via Getty Images

Letupan itu melanda bandar dan menimbulkan malapetaka di hampir semua kawasan Beirut. Gelombang kejutan dari letupan itu dapat dilihat dalam rakaman kejadian.

“Masih ramai orang yang hilang. Orang awam bertanya kepada Jabatan Kecemasan tentang nasib keluarga dan kenalan mereka”.

Marwan Tahtah/Getty Images

“Agak sukar untuk mencari mereka ketika malam kerana ketiadaan bekalan elektrik”, jelas Hamad Hasan, Menteri Kesihatan Lubnan.

“Kami menghadapi bencana yang nyata dan memerlukan masa untuk menilai sejauh mana kerosakan berlaku”.

ANWAR AMRO/AFP via Getty Images

Sementara Presiden Republik Lubnan, Michel Aoun pula mengarahkan pihak tentera untuk mengawasi bandar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara ini.

“Saya tidak akan berehat hinggalah kita temui individu yang bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku ini. Adili dan kenakan hukuman maksimum kepada pesalah”.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular