Kucing selalu menjadi sahabat paling baik kepada manusia dengan pelbagai sebab. Oleh kerana mereka sangat lembut, comel dan berjiwa bebas bersama peribadinya yang suka bermanja jelas dapat membantu pemilik menghilangkan tekanan, menjadi haiwan kesayangan yang sempurna dalam apa juga keadaan.

Sebahagian pencinta kucing berkata mereka menyukai kucing dengan alasan bahawa kucing dapat membantu mereka memburu tikus dan menghilangkan haiwan kotor tidak diundang itu daripada menjejaki rumah mereka.

Kisah kucing dan tikus yang tidak pernah sebulu dan mereka bermusuhan sehingga menjadi sumber inspirasi watak kartun popular ‘Tom and Jerry’.

Selamatkan Kucing Malaysia/Facebook

Seiring dengan peredaran zaman selepas Tom dan Jerry itu pun sudah berusia 80 tahun, kucing dalam satu rakaman video ini menunjukkan zaman kucing memburu tikus untuk dihapuskan sudah pun berlalu.

Sebaliknya, selepas kucing memburu atau menangkap tikus dengan lembut, mereka perlu dijinakkan dan dibelai dengan penuh kasih sayang bagai menjaga anak sendiri.

Selamatkan Kucing Malaysia/Facebook

Kedengaran seperti kisah yang pelik, tetapi hakikat itulah yang sering berlaku pada zaman moden masa kini. 

Kucing tidak lagi mahu bermusuhan dengan seekor tikus, walaupun ketika dia menangkapnya, saiz tikus itu hampir-hampir sama dengan saiz anak kucing atau lebih besar.

Selamatkan Kucing Malaysia/Facebook

Tikus yang bersaiz besar kini menjadi sahabat baik kepada si kucing yang berjiwa sentimental dan lembut, dalam hati ada taman.

Kucing yang nampak pelik apabila memperlakukan si tikus yang besar dengan belaian kasih sayang seperti anaknya sendiri.

Selamatkan Kucing Malaysia/Facebook

Sambil berpelukan, sekali-sekala tikus itu dijilat sehingga bersih oleh kucing ini menunjukkan betapa sayangnya dia kepada haiwan yang tidak digemari manusia ini kerana membawa penyakit dan kotor.

Selamatkan Kucing Malaysia/Facebook

Duo harmoni kucing dan tikus ini akan berkata kisah Tom dan Jerry itu tidak benar, mana ada kucing dan tikus itu sering bermusuh.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular