Kucing comel ini rasa iri hati tengok asyik abang dan kakak Foodpanda sahaja yang jadi popular sebab tular dengan kisah mereka menghantar makanan.

Si comel pun hendak tumpang sekaki hantar makanan dan jadi tular dalam Facebook atau Twitter, guna beg isi makanan kecil macam ini lagi senang jadi ‘famous’. 

Boleh buat pesanan, bila-bila masa tidak tentu masa boleh sampai, tetapi lambat sikit, tidak hari ini, esok atau lusa. Tidak sampai minggu depan pun ada.

Abang rider Foodpanda selalu bawa pesanan makanan pakai motosikal dia, yang si meow ini hantar pesanan memang khas dan istimewa, pakai kereta milik dia.

Tapi dia hanya tahu bawa kereta gaya undur, jadi itu yang jadi lambat sikit sampai.

Buat pesanan pun kena ikut syarat. Oleh kerana beg kecil, pesan makanan yang kecil-kecil sahaja sudahlah.

Kalau pesan makanan macam sayur, pasti kot sampai sempurna. Tetapi kalau pesan makanan macam daging, ayam atau ikan ke, tidak pasti dan tidak boleh jamin rasanya.

Kucing ini gebu dan comel sangat, tiada siapa boleh marah punya kalau makanan itu lambat sampai atau tidak sampai pun, kalau hendak juga guna khidmat dia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular