Kisah gajah naik minyak yang menghancurkan sebuah gerai buah tepi jalan di Johor heboh diperkatakan baru-baru ini dan tidak lama selepas itu, gajah ini pula mengamuk dengan memijak sebuah kereta di Perak.

Info Roadblock JPJ/POLIS memuat naik video insiden cemas gajah mengamuk ini di laman Facebook mereka menunjukkan kejadian yang berlaku pada jam 7 malam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Gerik, Perak, 

Seekor gajah yang pada mulanya tidak agresif tiba-tiba naik minyak dan mula menghenyak sebuah kereta setelah seorang pemandu kereta lain membunyikan hon.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Syukurlah, kelima-lima penumpang yang berada dalam kereta itu sempat keluar dari tempat kejadian dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Info Roadblock JPJ / POLIS dalam posting, “Lima individu bernasib baik berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak seekor gajah setelah sebuah kereta lain membunyikan hon.”

Menurut cerita mangsa, gajah itu sedang berada di tengah jalan dan menghalang lalu lintas, lalu mereka memberhentikan kereta.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Dengan secara tiba-tiba, sebuah kereta dari arah belakang memutuskan untuk membunyikan hon sehingga mengejutkan gajah tersebut membuatnya tiba-tiba mengamuk dan memijak bonet kereta, menimbulkan keadaan cemas yang nasib baik semua orang berada di dalamnya sempat keluar dan melarikan diri.

Gajah terus naik minyak yang bukan main-main apabila dia memijak kereta berkenaan sehingga ia mengalami kerosakan yang teruk.

Akibat seorang pemandu yang tidak peka dengan tingkah laku gajah yang sangat sensitif, nyawa lima orang individu berada dalam keadaan bahaya dan mereka turut mengalami kerugian. Mangsa berkata mereka terpaksa menumpang kereta lain untuk berpatah balik dan berhenti di puncak Banjaran Titiwangsa.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Untuk pengetahuan anda, cara terbaik untuk memastikan keselamatan diri sendiri ketika terserempak dengan seekor gajah atau kumpulan gajah yang sedang melintas jalan raya adalah dengan menjauhkan diri, mematikan enjin, lampu dan duduk diam di dalam kereta sambil berdoa agar anda tidak menakutkan mereka yang cenderung naik minyak.

Juga, jangan sesekali membunyikan hon kereta kerana ia hanya tindakan si dungu yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain yang terlibat!

Tonton video di bawah:

Gajah mengamuk pijak kereta

Gajah mengamuk pijak keretaLima individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.Kejadian menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), kira-kira jam 7 malam tadi.Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa."Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon."Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta," katanya menerusi satu pesanan suara.Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain berpatah balik dan berhenti di puncak Banjaran Titiwangsa.Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.▶️Harian Metro#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, August 2, 2020

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular