Bayangkan anda berjalan ke bilik pameran kereta dan disambut oleh pekerja terbaik tahun ini yang rupanya dia seekor anjing yang kini menjawat tugas sebagai jurujual kereta.

Itulah peranan yang dimainkan oleh Tucson Prime, seekor anjing jalanan yang diadopsi oleh bilik pameran Hyundai Serra, Espirito Santo, Brazil pada 21 Mei yang lalu di mana kepakarannya di tempat kerja sebagai pemberi semangat jurujual lain dan meningkatkan jualan kereta dengan kecomelannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Kisah menyentuh hati anjing jalanan bernama Tucson Prime telah menarik perhatian ratusan ribu netizen di seluruh dunia setelah ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Tucson Prime adalah anjing jalanan yang sering dilihat melepak berhampiran bilik pameran kereta Hyundai Serra, ES di Brazil. Anjing yang comel dan peramah ini dengan mudah menjadi rakan penenang jiwa para pekerja bilik pameran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Sifat mesra dan manjanya secara automatik menarik perhatian warga kerja bilik pameran Hyundai di situ yang menganggapnya seperti sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Mereka kemudian membuat keputusan menjadikan Tucson Prime sebagai pekerja kehormat yang lengkap dengan kad pengenalan kerjanya sendiri.

hyundaibr/Instagram

Tucson yang terus berkelakuan baik baru saja dinaikkan pangkat menjadi jurujual kereta setelah diadopsi oleh syarikat Hyundai pada bulan Mei lalu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Kini, Tucson begitu bersemangat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan dia sering dilihat menjaga bilik pameran Hyundai Serra itu dengan baik sekali.

hyundaibr/Instagram

Rumah baru yang dibina oleh syarikat Tucson bekerja sangat selesa, berhawa dingin dan dia diberi makan minum yang cukup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Dia juga datang bekerja dalam keadaan yang bersih dan wangi kerana jurujual yang lain memandikannya setiap hari dan menghantarnya ke klinik haiwan untuk mendapatkan suntikan kesihatan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Kisah Tucson Prime mendapat perhatian setelah ia dikongsi di Instagram oleh Hyundai Brazil. Gambar dengan kapsyen, “Berkenalan dengan Tucson Prime, anjing jurujual di Hyundai.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Syarikat gergasi automotif itu memperkenalkan pekerja terbaru mereka di Instagram dengan kapsyen seterusnya, “Anggota baru ini berusia sekitar satu tahun, disambut hangat oleh keluarga Hyundai dan telah memenangi hati ramai rakan sekerja dan pelanggan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyundai Motor Brasil (@hyundaibr) on

Gambar-gambar Tucson sebagai pekerja syarikat Hyundai terus menjadi tular dan dia menjadi popular dalam sekelip mata, telah berjaya menawan hati para netizen di Instagram dengan mengumpulkan lebih 40,000 pengikut dengan jumlah yang terus meningkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Bekas anjing jalanan kini menjadi selebriti terkenal di media sosial. Gambar comel yang dikongsi di akaun itu menunjukkan Tucson bekerja keras ketika mencari nafkah dengan menghadiri mesyuarat setiap hari, memberi salam kepada eksekutif Hyundai yang penting dan menuntut supaya perutnya supaya digosok dan dibelai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Selain menjadi jurujual kereta dan pekerja contoh terbaik, Tucson Prime secara tidak langsung menjadi duta Hyundai Serra di Espirito Santo yang berjaya menarik ramai pelanggan datang membeli kereta terbaik keluaran Hyundai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Tidak mustahil satu hari nanti Tucson Prime akan cepat dinaikkan pangkat sebagai pengurus bilik pameran pula, jika dia secara konsisten menjaga prestasi kerja dan mencapai sasaran jualannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular