Sebut sahaja perkataan ‘hospital’ atau ‘klinik’ pasti ramai yang mula membayangkan diri mereka menerima suntikan yang menyakitkan. Kadangkala belum melihat jarum suntikan kita sudah boleh membayangkan betapa tajamnya jarum yang perlu masuk ke kulit. Namun suka atau tidak, terkadang demi kesihatan kita perlu berhadapan dengan ketakutan itu.

Mungkin itu jugalah situasi yang dihadapi oleh pemuda ini apabila dia terpaksa menerima suntikan doktor. Namun, seperti kebanyakkan kita, momen tersebut bukan sesuatu yang manis untuk dilalui malah ia adalah saat yang sangat menakutkan. Hal ini membuatkan pemuda tersebut menjerit sehingga doktor sendiri seolah-olah berasa serba salah untuk memasukkan jarum tersebut di lengannya.

Apa yang menariknya, pemuda itu ada kawan-kawannya yang tetap setia di sisinya. Bukan seorang malah dua orang kawan datang untuk memegang tangannya, seolah-olah memberi kekuatan supaya dia terus berani untuk berhadapan dengan ‘cabaran’ besar itu.

Video lucu tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @spawnking27 dan sehingga kini ia telah ditonton lebih daripada 2 juta kali. Status tersebut telah menerima pelbagai komen netizen. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka dengan jarum suntikan. Ada yang terpaksa mengambil darah dan ada juga yang sukarela kerana mahu menderma darah.

Tidak kiralah apa pun tujuan mereka, berhadapan dengan jarun suntikan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah kita jadi, buat anda yang pernah berhadapan dengan detik genting seperti itu, syabas! Anda antara mereka yang sangat kuat dan berani!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular