Lautan kadang-kadang boleh menjadi tempat yang menakutkan, oleh kerana ia menjadi kediaman bagi pelbagai makhluk laut yang aneh dan asing menjadikan perasaan manusia bertukar gerun. Lautan mempunyai bunyi yang dirasakan sesuai untuk menjadi tema Halloween. 

Dengan simfoni lagu-lagu yang menghantui seperti nada rungutan, rintihan serta gerun menakutkan yang dapat didengar di seluruh lautan.

Rakaman oleh netizen Paul Nicklen di laman sosial memperlihat dan memperdengarkan suara ibu paus Humpback dan anaknya yang berenang di perairan hangat pesisir pantai Tonga. Dia bukan sahaja mengeluarkan bunyi gerun atau berhantu, tetapi bunyinya itu kedengaran seperti sesuatu sedang menghantui dirinya, makhluk laut yang memanggil seseorang atau sesuatu.

Fathomlesslife/Facebook

Adakah dia cuba berkomunikasi dengan manusia yang merakam atau memerhatikannya? Mungkin dia bertindak balas terhadap ikan paus lain yang berada berdekatan. Walaupun makna penuh daripada bunyi itu tetap menjadi misteri, ada beberapa perkara lain yang kita perlu tahu mengenainya.

Setiap tahun, ikan paus Humpback berhabitat di kutub selatan berpindah dari tempat asal mereka di Antartika untuk mengawan dan singgah di perairan tropika Tonga. 

Dari bulan Julai hingga November, ikan paus Humpback berjemur di lautan berhampiran pantai Tonga sementara menunggu anak kecil mereka membesar bagi meningkatkan kekuatan dan tenaga untuk perjalanan panjang seterusnya sebelum kembali ke habitat asal mereka di kutub selatan.

Ikan paus mengeluarkan keharmonian suara di dalam lautan ini dengan lagu-lagu yang sering digambarkan sebagai menggerunkan atau berhantu tetapi sebenarnya amat unik dan indah jika kita memahami bahasa mereka.

Fathomlesslife/Facebook

Panggilan paus Humpback mula dirakam para pengkaji hidupan liar dan pakar suara sejak tahun 1960-an. Suara yang dirakam bukan sahaja untuk mengetahui gambaran bunyi dunia dalam lautan, bahkan membolehkan pakar menyedari kerumitan atau keunikan panggilan ini sebagai lebih daripada sekadar suara gerun, gemuruh dan rintihan, termasuk tidak menolak sebagai satu melodi yang indah. 

Beberapa panggilan spesies ikan paus yang dirakam bahkan terdengar seperti instrumen, contohnya panggilan bunyi ketukan oleh spesies paus Gray, yang terdengar seperti gendang.

Paus menggunakan bunyi daripada suaranya dengan pelbagai cara yang disesuaikan mengikut keadaan kehidupan mereka di lautan dalam seperti ketika mencari makanan, sebagai pandu arah, komunikasi sesama mereka serta pelbagai perkara lain.

Paus Sperma iaitu ikan paus terbesar misalnya menggunakan panggilan berderit atau klik bunyi untuk mencari mangsanya. Teknik ini yang digunakan oleh ikan paus bergigi dikenali sebagai ‘echolocation’, sama seperti kelawar menggunakan gelombang suara ditujukan ke arah kelompoknya, dan gema itu difahami oleh paus lain yang memungkinkan mereka untuk mencari lokasi atau objek yang dimaksudkan melalui bunyi yang terbebas ke udara.

Fathomlesslife/Facebook

Manakala ikan paus Atlantik Utara pula membuat beberapa jenis panggilan yang berbeza, termasuk panggilan khas dalam kalangan spesies mereka. Bunyian unik yang dianggap sebagai panggilan kontak digunakan oleh ikan paus spesies berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Ikan paus Fin pula mengubah frekuensi dan kecepatan panggilan mereka bergantung kepada tujuannya. Panggilan nada frekuensi rendah menempuh jarak yang lebih jauh, sementara nada frekuensi yang lebih tinggi dapat digunakan untuk komunikasi jarak dekat antara spesies ini.

Walaupun spesies ikan paus mempunyai panggilan yang berbeza untuk tujuan tertentu, jenis panggilan ini dapat didengari secara berbeza dalam spesies yang menunjukkan populasi yang berbeza. 

Panggilan ikan paus biru Antartika berbeza dengan populasi spesies paus biru yang lain. Terdapat dialek berbeza di kalangan 13 spesies ikan paus dan juga termasuk ikan lumba-lumba.

Walaupun manusia menggunakan penglihatan untuk belajar dari persekitarannya, ikan paus tidak dapat berbuat begitu. Cahaya tidak dapat menembusi jauh ke dalam lautan, seperti di daratan, menjadikan sebahagian besar lautan gelap dan yang lain benar-benar gelap! 

Fathomlesslife/Facebook

Walaupun dekat dengan permukaan, sukar untuk melihat jauh ke dalam lautan yang penuh dengan kehidupan mikroskopik seperti plankton, yang membuat air menjadi keruh atau menghijau tetapi tetap menjadi misteri.

Air sangat cekap dalam mengeluarkan bunyi, maka inilah sebabnya mengapa ikan paus bergantung kepada suara dalam persekitaran mereka untuk berkomunikasi dan mengapa adalah masuk akal bagi para penyelidik untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengapa ikan paus dan ikan lumba-lumba saling bergantungan dengan menggunakan suara-suara itu juga.

Tonton video di bawah:

Fathomlesslife/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular