Tidak dapat kita nafikan bahawa minyak angin dan juga sapuan salap khas seperti Vicks VaporRub, Tiger Balm dan pelbagai lagi memudahkan urusan ibu bapa jika anak mereka diserang selesema.
Hidung yang tersumbat berasa lega manakala pernafasan pula berasa lancar sahaja jika kita sapukan minyak angin mahupun salap tersebut.
Gambar Hiasan/Photo-AC
Namun tahukah anda bahawa antara kandungan di dalam produk sebegitu adalah kapur barus ataupun ‘camphor’?
Untuk makluman anda produk yang mengandungi kapur barus ini tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.
Public Health Malaysia/Facebook
Ini kerana, Public Health Malaysia (PHM) ada berkongsi satu situasi yang tidak disangka-sangka.
“Anak saya tiba-tiba rebah. Tangannya menggenggam erat mainan dan menggeletar (seperti terkena renjatan elektrik)”.
“Matanya pula ke atas, giginya menggigit. Seluarnya juga basah”, tulis PHM. Setelah memanggil nama anaknya, tiada respon diberikan.
“Dia selesema tadi. Saya sapukan ubat angin di hidung untuk hilangkan selesema”, jelas si ibu kepada doktor di hospital.
Public Health Malaysia/Facebook
Doktor menerangkan bahawa anaknya itu mengalami sawan. Ianya berpunca daripada ubat yang diberikan – mengandungi kapur barus.
Antara kesannya penggunaan kapur barus ini kepada kanak-kanak bawah 2 tahun adalah, mereka berisiko untuk mendapat serangan sawan.
Public Health Malaysia/Facebook
Jika termakan pula, ianya boleh mengakibatkan keracunan dan juga kematian.
Public Health Malaysia/Facebook
Antara gejala lain pula adalah mulut dan tekak berada seperti terbakar, loya ataupun muntah. Selain berasa pening dan keliru.
Kanak-kanak juga berkemungkinan untuk mendapat masalah penglihatan yang difahamkan berlaku antara 5 hingga 90 minit jika menggunakan produk tersebut.
Berikut merupakan senarai penuh produk yang mengandunginya :
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Public Health Malaysia/Facebook
Jangan keliru pula ya, produk tersebut walau bagaimanapun boleh digunakan oleh orang dewasa. Cuma elakkan digunakan pada anak-anak yang masih kecil.
Pastikan produk ini diletakkan di tempat yang sukar dicapai di rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.
Maybe you're interested :
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- “Abang, nak kotak…” rayuan kanak-kanak gelandangan yang tidak henti-henti meminta kotak untuk mengalas tempat tidurnya buat ramai warganet sayu
- Satu kluster baharu dikesan di Sabah selepas seorang pelajar tahfiz bergejala disahkan positif Covid-19