Bayangkan selepas enak-enak makan tiba-tiba anda baru tahu bahawa tempat itu sebenarnya bukan kedai makan? Pasti pelbagai rasa muncul ketika itu, malu, serba salah dan terkadang terasa lucu pula apabila teringat semula apa yang berlaku.

Momen lucu seperti itu sebenarnya pernah berlaku dan dialami oleh beberapa orang seperti yang diceritakan di media sosial. Kedengarannya seperti aneh namun percayalah momen lucu itu memang pernah berlaku!

Antara kisah yang diceritakan ialah pengalaman mereka makan di sebuah kedai makan di Terengganu yang difikirkan sememangnya kedai makan. Dengan susur atur di situ, dengan meja makan kayu seperti di kedai makan serta pintu yang terbuka lapang buatkan ramai menyangka itu adalah kedai makan. Tidak hanya itu, di situ juga kelihatan beberapa orang sedang makan membuatkan mereka tidak berfikir panjang dan terus masuk untuk memesan makanan.

Twitter | @brothertoba

Namun begitu, setelah habis makan dan mahu bayar, pemilik tempat itu menolak dan memberitahu bahawa itu bukan kedai makan jadi tidak perlu bayar. Rupa-rupanya mereka makan di dapur rumah pemilik tempat tersebut!

Pengalaman lucu itu telah dikongsi di laman Facebook dan Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengakui perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat melucukan. Ada juga yang memberitahu bahawa gaya dapur rumah di Terengganu memang seperti itu iaitu kedudukannya di bahagian hadapan rumah. Hal ini buatkan ada yang salah sangka dan berfikir itu adalah kedai makan.

Ramai juga netizen yang memuji kebaikan pemilik tempat itu yang sangat baik melayan tetamu walaupun tidak diundang. Walaupun orang tersalah sangka dia tetap melayan dengan baik serta memberi makanan kepada mereka yang bermusafir ketika itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular