Seramai 11 daripada 14 kes jangkitan COVID-19 yang dicatatkan pada 2 Ogos lalu dikesan daripada kluster Sivagangga di Kedah.

Setakat 3 Ogos, KKM mengesahkan bahawa hanya terdapat satu kes sahaja penambahan jangkitan daripada kluster berkenaan.

Kluster tersebut muncul apabila Pesakit Bawah Pengawasan (PUS) tidak mematuhi arahan untuk kuarantin di rumah setelah kembali dari India.

Individu itu juga turut mengunjungi restoran nasi kandar miliknya di Pekan Napoh, Jitra.

Pemastautin tetap tersebut kemudian didapati positif pada ujian saringan kedua, lantas menyebabkan aktiviti pengesanan kenalan dan pelanggan yang mengunjungi restorannya antara 13 hingga 24 Julai dijalankan.

Dalam satu kenyataan pada 2 Ogos, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 313 orang telah disaring dan 20 daripadanya dikesan positif.

 

Manakala sebanyak 280 didapati negatif dan 13 kes lagi masih menunggu keputusan ujian.

Individu tersebut telah menjadi kes indeks untuk 19 jangkitan COVID-19 yang lain, termasuklah kepada dua orang murid sekolah rendah.

Murid berusia 7 dan 10 tahun itu disahkan positif pada 2 Ogos lalu selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan ke-8,976 daripada kluster Sivagangga.

Gambar Hiasan | SAEED KHAN/AFP via Getty Images

Sementara itu, kerajaan negeri bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk menutup sebanyak 5 buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.

Ini kerana daerah itu dikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga. Sekolah-sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 3 hingga 29 Ogos kelak.

Sekolah yang terlibat adalah SMK, SMK Megat Dewa, SK Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

Gambar Hiasan | MADAREE TOHLALA/AFP via Getty Images

Arahan itu selaras denga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di Kubang Pasu dan juga Kampung Ulu Padang Sanai di Padang Terap.

Ia meliputi kawalan pergerakan orang awam dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh berkenaan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular