Kerajaan sebelum ini telah memutuskan bahawa semua individu yang memasuki pintu masuk negara akan dikenakan caj kuarantin hotel bermula 1 Jun yang lalu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, caj 100% kadar bayaran hotel akan dikenakan kepada bukan warganegara.

Manakala buat warganegara yang pulang ke Malaysia pula akan dikenakan caj kuarantin di hotel sebanyak 50% sahaja.

Foto hiasan/Bernama

Seorang pengguna Twitter yang juga merupakan warganegara yang baru pulang ke Malaysia baru-baru ini berkongsi pengalaman buruknya ketika dalam tempoh kuarantin di sebuah hotel.

Terletak di Subang Jaya, hotel tersebut menurut @zierali menggunakan cadar yang kotor selain bilik air yang sudah berkulat.

Bukan itu sahaja, hotel terbabit juga membiarkan individu tersebut menunggu makanan dalam tempoh yang lama.

Pada hari kedua kuarantin, makanan tengah hari hanya diperolehi pengguna tersebut selepas jam 2:30 petang. Bayangkan betapa seksanya pengguna itu menahan lapar!

Kemudian untuk makan malam pula, pengguna terbabit sudah berasa lapar pada jam 7:40 petang dan dia kemudian telah menghubungi pihak hotel lalu memesan Chicken Chop ekoran makanan lambat tiba.

“Dapur telah ditutup kerana terlalu sibuk dengan makanan untuk Individu Bawah Pengawasan (PUS)”, balas pihak hotel. Sejam setengah kemudian, barulah makan malamnya tiba.

@zierali/Twitter

Sudahlah servis lambat, malah makanan yang disediakan pula sangat ‘menyedihkan’! untuk 4 hari, pengguna terbabit tiada pilihan lain melainkan untuk bertahan dengan makanan berkenaan.

Pada hari ketiga pula, pengguna terbabit memutuskan untuk memakan makanan yang disediakan secara perlahan-lahan kerana tidak mahu perutnya terasa lapar jika makanan seterusnya tiba lewat.

“Saya menghabiskan semua makanan walaupun rasanya agak teruk. Saya rindukan makanan Malaysia jadi saya positifkan diri sepanjang hari”, luah pelajar di Korea Selatan itu.

Pada hari keempat pula, pengguna tersebut diberikan nasi lemak bersama buah oren yang sangat menyedihkan…

@zierali/Twitter

Pengguna tersebut terpaksa memakannya namun ketika di suapan pertama, ia begitu mengecewakan sehinggakan dirinya menangis.

Mana tidaknya, hidangan nasi lemak itu memang tidak boleh diterima – nasi tidak masak sepenuhnya, hanya dihidangkan dengan sambal kosong!

Berasa kecewa, dia kemudian menghubungi hotel lalu bertanya, “Ini sahaja yang saya dapat?”. Pihak hotel kemudiannya menghantar semangkuk kari dengan telur dan timun di dalamnya.

@zierali/Twitter

“Sudah tentu ianya sukar (buat hotel) untuk menyediakan makanan buat 100 orang pelanggan. Saya faham tentang itu. Saya harap ada perubahan di hari mendatang”.

Ekoran tertularnya tweet tersebut selain ramai PUS yang menulis e-mail aduan kepada NADMA, hotel tersebut telah pun diberi amaran.

Kemudian pada 2 Ogos, pengguna itu mendedahkan bahawa dia dihidangkan dengan makanan yang begitu menyelerakan pada jam 6:15 petang. “Saya tidak akan mengadu lagi”, tulis pengguna itu.

@zierali/Twitter

“Saya gembira dengan makanan sejak petang semalam (2 Ogos). Terima kasih semua?”, tambahnya lagi.

Berdasarkan maklumat, PUS yang menjalani kuarantin di hotel terbabit dikenakan caj sebanyak RM150 sehari, bersamaan dengan RM2,100 untuk keseluruhan 14 hari.

@zierali/Twitter

Agak mahal, bukan? Diharapkan agar pemberian makanan berkhasiat sebegini diteruskan oleh pihak hotel.

Kasihan PUS di sana. Apa yang mereka mahukan hanyalah makanan yang seeloknya dihidangkan tatkala diri bersendirian untuk tempoh 14 hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular