Isu pencemaran alam sekitar bukan sesuatu yang baru untuk dibincangkan namun masih menemui jalan buntu di negara kita.

Walaupun sudah diajar dari kecil untuk tidak membuang sampah merata-rata namun nampaknya masih ramai yang tidak faham dengan membuang sampah merata-rata. Akibatnya, kawasan dan tempat-tempat awam dicemari dengan longgokan sampah yang menyakitkan mata.

Facebook

Sekali lagi hal itu berlaku dan kali ini terjadi di lebuh raya. Memandangkan cuti raya Aidiladha membuatkan jumlah pengguna jalan raya bertambah jadi semakin ramai jugalah yang mengambil kesempatan ini untuk membuang sampah merata-rata di sepanjang lebuh raya.

Facebook

Jika dilihat pada gambar yang tular di internet jelas menunjukkan bahawa masih ramai sebenarnya yang tidak mempunyai kesedaran sivik mengenai penjagaan alam sekitar.

Habis jalan-jalan di lebuh raya dicemari dengan sampah-sarap yang bukannya sedikit. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah membuang pelbagai jenis sampah tanpa rasa bersalah.

Facebook

Bayangkan jika ada orang atau pelancong asing yang melihat keadaan seperti itu, apa agaknya yang mereka fikirkan tentang rakyat negara ini? Bagaimana pula dengan pekerja yang perlu berjalan jauh di sepanjang jalan untuk mengutip dan membersihkan sampah-sampah tersebut?

Facebook

Malaysia semakin maju ke hadapan dengan pelbagai teknologi dan infrastuktur yang semakin moden mambangun.

Namun sayang, masih ramai rakyat di negara ini yang masih memiliki mental kelas ketiga dan semua itu harus diubah seiring dengan kemajuan yang dicapai negara hari ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular