Pemakaian pelitup muka telah pun diwajibkan bermula 1 Ogos yang lalu, di mana semua individu perlulah memakainya jika berada di kawasan awam yang sesak bagi memutuskan jangkitan COVID-19.

Namun sering kali kita lupa akan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Mereka mungkin tidak dapat membeli pelitup muka. Jadi, apa nasib mereka? Tanpa pelitup muka, mereka akan dikompaun sebanyak RM1,000.

Realiti itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @khalids, di mana pemuda itu memuat naik satu foto yang begitu menyentuh perasaan.

@khalids/Twitter

“Pakcik nak cari mask. Kalau tak pakai nanti kena saman”, tulis pemuda itu pada foto yang dimuat naiknya.

Menurut Khalid, gambar tersebut diambil di kawasan pasar besar Ampangan yang terletak di Seremban.

Khalid juga berkata bahawa lelaki berkenaan sering kali dilihat berada di kaki jalan sekitar Seremban – berkemungkinan gelandangan.

Simpati dengan nasib lelaki tersebut, Khalid meminta bantuan rakan di Twitter untuk memberikan wang RM50 kepadanya.

@khalids/Twitter

Dia juga berjanji akan menggantikan balik wang tersebut menerusi pemindahan wang secara perbankan atas talian.

Berdasarkan tweet berikutnya, Khalid juga menjelaskan bahawa sudah ada insan yang membantu lelaki tersebut.

Khalid juga sempat berpesan bahawa jangan terlalu cepat berasa marah jika terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka.

“Kita tak tahu orang lain hidup macam mana”, tulisnya lagi.

Tweet tersebut telah pun menerima lebih 8,000 retweet di samping menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain.

@khalids/Twitter

@khalids/Twitter

@khalids/Twitter

Kasihannya, apalah nasib mereka? Semoga insiden ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang sepatutnya.

Dan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya lebih peka dan prihatin selain bersedia untuk menghulurkan bantuan di saat ada insan yang memerlukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular