MELAKA – Ekoran kejadian seorang wanita diserang anjing di sebuah kawasan perumahan di Melaka telah memaksa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Anjing tersebut dilaporkan telah diambil untuk diasingkan selama dua minggu dengan tujuan untuk memeriksa sama ada terdapatnya simptom rabies padanya.

Mangsa serangan yang bernama Kristina itu telah mengalami kecederaan di lengan dan buku lali akibat digigit oleh anjing spesies pitbull tersebut.

Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association/Facebook

Kejadian serangan tersebut telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup. Di dalam rakaman tersebut jelas menunjukkan bahawa Kristina sedang berjalan sendirian di sebuah kawasan perumahan di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka, ketika seekor anjing peliharaan berlari keluar dari sebuah rumah dan terus menyerangnya.

Kejadian tersebut telah disaksikan oleh sebuah kereta yang lalu di situ namun tiada pertolongan yang diberikan kepada Kristina. Nasib wanita itu agak baik apabila dia dibantu oleh penduduk di situ dengan menggunakan kereta mereka bagi menghalang anjing itu daripada terus menyerang Kristina sehingga wanita itu akhirnya dapat selamatkan dirinya. 

China Press

Menurut China Press, pemilik pitbull itu telah dikenal pasti dan kini berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum enam bulan, denda tidak lebih dari pada RM2,000 atau kedua-duanya, kerana berlakunya kecuaian terhadap haiwan di bawah jagaan mereka yang  telah mengakibatkan kecederaan kepada orang lain.

Pitbull mereka juga telah diambil oleh pihak berkuasa dan diasingkan selama dua minggu untuk diperiksa sama ada menunjukkan simptom rabies.

China Press

Kristina dikatakan mengalami trauma atas kejadian yang menimpanya dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.

Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan Malaysia seperti Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK) dan Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) telah menubuhkan tabung dana untuk menampung kos perubatan Kristina. Ada kemungkinan lengan Kristina tidak boleh berfungsi seperti biasa semula akibat daripada serangan itu.

Negeri Sembilan Kini/Facebook

Negeri Sembilan Kini/Facebook

Orang ramai yang memelihara haiwan peliharaan dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan mereka. Pastikan haiwan mereka dijaga dengan baik dan tidak mengancam keselamatan orang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular