Kucing sememangnya memiliki kecomelan yang tersendiri. Di Jepun, ada seekor kucing yang berjaya menarik perhatian ramai kerana kecomelannya yang di luar jangkaan.

Kecomelan kucing yang dikenali sebagai Junjun ini begitu terserlah terutamanya ketika Junjun mengantuk dan ingin tertidur.

Peekme

Menerusi akaun media sosial Junjun, boleh dikatakan hampir kesemua gambar dan video yang dimuat naik melibatkan waktu tidur Junjun.

Hanya dengan kecomelannya ketika tidur, gambar dan video Junjun boleh meraih sehingga 160,000 jumlah tanda suka daripada kalangan warganet.

Peekme

Menurut pemilik Junjun, tabiat tidur Junjun sangat unik dan hal inilah yang menjadikan si comel ini terkenal di internet. Setiap kali sebelum ingin melelapkan mata, Junjun akan berehat di pangkuan ‘bapanya’ terlebih dahulu. 

Peekme

Sekiranya Junjun masih belum mengantuk, Junjun yang gebu ini akan bermain telefon sebelum menutup matanya.

Peekme

Lebih melucukan lagi, Junjun juga boleh tertidur lena di pangkuan tuannya meskipun dipakaikan dengan topi yang comel.

Peekme

Kecomelan Junjun jadi semakin bertambah apabila melihatnya lengkap dengan topi berkenaan. Adakalanya, Junjun akan tidur di atas tilam khas miliknya.

Tilam itu juga begitu comel dilengkapi dengan selimut dan bantal mini.

Peekme

Pada musim sejuk, Junjun akan menjadi lebih mudah tertidur. Justeru, tuannya akan menjahit selimut tebal untuk memastikan keselesaan Junjun.

Peekme

Dalam masa beberapa saat sahaja, Junjun akan mula terlelap dalam kecomelan. Tidak hairanlah mengapa ramai yang sukakan kucing ini!

Peekme

Ketika Junjun tidur, Junjun akan tidur dalam posisi terlentang sebegini. Comel bukan? Geram betul melihatnya…

Peekme

Selain mempunyai tabiat tidur yang comel, Junjun juga memiliki selera makan yang besar.

Peekme

Sekiranya tuannya memasak di dapur, Junjun akan berada di sisi dan memerhatikan makanan yang sedang disiapkan oleh tuannya. Lihatlah betapa seriusnya riak muka Junjun. Muka serius pun tetap nampak comel!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular