Seekor haiwan dipercayai daripada laut sepanjang 15 kaki ditemui mati terdampar di sebuah pantai di Merseyside, United Kingdom.

Makhluk berkenaan yang dibezakan dengan mammoth dan digelar sebagai Anomali Ainsdale, difahamkan telah dijumpai pada 29 Julai lalu.

Ianya membingungkan penduduk di sekitarnya. “Ini sangat aneh”, kata seorang lelaki.

“Panjangnya hingga 15 kaki dan mempunyai sirip serta berbulu”.

Ladbible

Turut kelihatan seperti anggota tubuh yang bersambung dengan makhluk berkenaan, berkemungkinan tali pusat.

“Mungkin makhluk tersebut telah melahirkan anaknya”, tambah lelaki itu lagi.

Menggambarkan bentuk fizikal makhluk itu, lelaki berkenaan berkata bahawa ianya seperti seekor paus yang telah memakan seekor kuda lalu memakan seekor dolphin.

Ladbible

Stephen Ayliffe, Penasihat Kanan di Natural England berkata, “Kami mengesahkan bahawa seekor binatang dalam keadaan yang telah terurai terdampar di pantai Ainsdale”.

Buat masa ini, identifikasi haiwan aneh berkenaan masih belum disahkan dan menurutnya, haiwan itu disyaki sebagai spesies ikan paus.

“Kami bekerjasama dengan sebuah syarikat pengangkutan haiwan agar sisa haiwan tersebut dapat dibersihkan daripada kawasan itu secepat mungkin”.

Ladbible

Seorang wanita tempatan pula berkata, “Ia disebut sebagai Anomali Ainsdale. Tanggapan pertama saya, ia kelihatan seperti ikan paus”.

Menurutnya, sebilangan orang menganggapnya seekor lembu atau kuda. “Sejujurnya, saya tidak tahu”.

Manakala seorang lagi penduduk tempatan bahawa bau bangkai makhluk tersebut sangat kuat.

“Saya tidak dapat datang dekat kerana terdapat banyak lalat dan sangat berbau”, jelasnya yang hampir termuntah.

Ladbible

Tambahnya, tubuh haiwan tersebut sudah pun terurai dan kelihatan seperti terdapat tiga gundukan besar pada pasir.

“Ia lain daripada yang lain. Pada saya, tubuh haiwan itu kelihatan seperti berpusing dengan bahagian kulitnya berada di sana sini”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular