Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara India dan China. Bagi mengekalkan nilai kebudayaan, tradisi dan jati negara, pihak kerajaan bertindak melakukan kawalan ketat terhadap pengaruh asing yang wujud dari luar.

Penerimaan pelancong masuk ke negara misteri ini hanya dibuka bermula pada tahun 1974 dan sehingga kini, Bhutan masih lagi mengawal segala proses permodenan yang sedang berlaku di dunia luar.

Mari kita lihat 10 rahsia dan keunikan Bhutan yang tidak diketahui ramai orang.

#1 Tiada televisyen dan internet

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dragon Cultural Tours (@dragonculturaltours) on

@dragonculturaltours/Instagram

Sebelum tahun 1999, kerajaan Bhutan mengharamkan penggunaan televisyen dan internet kepada rakyatnya. Bagaimanapun, selari dengan arus pembangunan teknologi, pihak pemerintah tidak mampu menghalang seluruh negara daripada menggunakan kemudahan internet dan televisyen.

Justeru, pada tahun tersebut, Raja Bhutan telah mengambil keputusan untuk membenarkan penggunaan internet dan televisyen di negaranya dan hal ini menjadikan Bhutan sebagai negara terakhir di dunia yang menggunakan televisyen.

#2 Penubuhan ‘Jawatankuasa Gembira’

Twitter

Pada tahun 2008, kerajaan Bhutan telah mewujudkan ‘Jawatankuasa Gembira Negara’ bertujuan untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat. Menerusi soal selidik yang dijalankan, antara soalan yang ditanya kepada rakyat adalah “Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda?”.

Penubuhan jawatankuasa ini dianggap penting kerana kualiti kehidupan seseorang adalah bergantung kepada keseimbangan di antara aspek kewangan dan juga nilai psikologi.

#3 Tiada gelandangan

Peekme

Di Bhutan, anda tidak akan melihat seorang pun manusia menjalani hidup sebagai gelandangan. Jika seseorang rakyat kehilangan rumah, rakyat berkenaan hanya perlu memberitahu Raja Bhutan dan mereka akan diberikan sebidang tanah untuk diusahakan.

Kebiasaannya, rakyat akan mendirikan rumah baharu di tanah berkenaan dan melakukan aktiviti bercucuk tanam.

#4 Pakaian rasmi

Business World

Semua rakyat Bhutan akan mengenakan pakaian tradisi mereka. Bagi kaum lelaki, mereka akan memakai gaun pada paras lutut manakala wanita pula akan memakai kain yang panjang.

Sementara itu, kelas sosial masyarakat Bhutan pula ditentukan berdasarkan warna skaf yang diletakkan pada bahu kiri. Rakyat marhaen akan memakai skaf berwarna putih manakala golongan bangsawan dan sami pula akan memakai skaf berwarna kuning.

#5 Larangan merokok

Otago

Raja Bhutan telah melaksanakan perintah larangan aktiviti penjualan rokok di seluruh negara berkenaan. Sekiranya ada individu dari luar yang membawa rokok ke Bhutan, anda akan dikenakan cukai yang sangat tinggi. 

#6 Makanan tempatan

Inside Himalayas

Majoriti rakyat Bhutan merupakan penganut ajaran Buddha. Dalam falsafah agama Buddha, mereka amat menghormati binatang dan hal ini menyebabkan kebanyakan rakyat adalah vegetarian. Makanan utama bagi masyarakat Bhutan adalah nasi dan juga sayur-sayuran.

Beras Bhutan juga adalah beras yang sangat istimewa kerana ia merupakan ‘beras merah’ yang mempunyai haruman dan rasa yang kuat. Bagi hidangan teh pula, masyarakat Bhutan akan menambah garam, lada hitam dan sesudu krim ke dalam teh hijau.

#7 Penghormatan tertinggi kepada kaum perempuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hi. I’m Valerie (@no___boundary) on

@no___boundary/Instagram

Di Bhutan, semua wanita amat dihormati dan dihargai sebagai lambang ‘harta pusaka’. Semua harta, ternakan, tanah dan sebagainya akan diserahkan kepada anak sulung perempuan dan bukannya lelaki.

#8 Lalu lintas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Jai Travel Diary (@onthesameplanet) on

@onthesameplanet/Instagram

Di ibu kota Bhutan, anda boleh melihat tiada satu pun lampu isyarat dibina. Bagaimanapun, ini tidak menjadi satu masalah buat mereka untuk menggunakan jalan raya dan memandu dengan berhemah.

Lebih menakjubkan lagi, setiap papan tanda di jalan raya adalah ditulis sendiri menggunakan tangan.

#9 Kepentingan ekologi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S.LoOk (@s.lo0k) on

@s.lo0k/Instagram

Rakyat Bhutan amat menitikberatkan tentang kesejahteraan ekologi. Penggunaan bahan kimia ke atas tanaman dan haiwan adalah diharamkan sama sekali. Justeru, setiap produk yang dihasilkan di negara ini adalah produk semula jadi.

#10 Kegiatan pelancongan yang terkawal

Peekme

Anda hanya dibenarkan untuk melancong ke Bhutan dengan ditemani oleh pelancong lain bersama pemandu pelancong. Jangan sesekali berharap untuk bersiar-siar seorang diri di Bhutan kerana ianya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Segala dokumen perjalanan dan visa hanya boleh dikeluarkan oleh syarikat Bhutan. Bagi mendapatkannya, anda perlu terlebih dahulu membuat pembayaran tiket penerbangan, tempahan hotel, agensi pelancongan, visa, insurans dan sebagainya. Buat masa ini, hanya terdapat sebuah syarikat penerbangan beroperasi di Bhutan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular