Nicole Grimes adalah seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang sangat menyayangi anjing. Ketika dia berusia 10 tahun neneknya telah memberinya seekor anjing daripada baka campuran Pomeranian dan Poodle. Pertama kali melihat anjing itu, Nicole terus menyukainya dan berasa sangat gembira.

Youtube | The Dodo

Nicole kemudian memberikan nama Chloe kepada anjing barunya. Sejak itu mereka menjadi kawan yang sangat baik dan rapat. Mereka membesar bersama dengan bahagia dan Chloe menjadi kawan zaman kanak-kanaknya yang sangat rapat. Namun begitu, selepas empat tahun berlalu ayah Nicole mendapat pekerjaan baru di mana dia perlu bekerja dari rumah.

Youtube | The Dodo

Memandangkan keadaan Chloe dan Nicole yang agak bising membuatkan ayahnya sukar untuk memberikan tumpuan kepada pekerjaannya dan memutuskan untuk memberikan Chloe kepada orang lain untuk dipelihara.

Perkara tersebut membuatkan Nicole sangat sedih. Dia kemudian memikirkan pelbagai cara supaya dia dapat terus menjaga Chloe namun ayahnya tetap dengan keputusannya untuk memberikan Chloe kepada orang lain.

Tujuh tahun kemudian, Nicole telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 bulan. Suatu hari, dia membuka Facebook dan menemui maklumat mengenai anjing jenis Pomeranian dan Poodle dan anjing itu mirip Chloe. Dia mula merasakan sangat dekat dengan anjing tersebut jadi dia memutuskan untuk mencarinya.

Youtube | The Dodo

Seteleah berjumpa dengan anjing itu Nicole mendapati anjing tersebut berusia 11 tahun, sama dengan Chloe dan dia mula yakin bahawa anjing tersebut sememangnya Chloe tetapi suaminya menyangka semua itu adalah mustahil. Namun begitu, setelah diperiksa cipnya ternyata anjing tersebut adalah Chloe.

Youtube | The Dodo

Beberapa tahun dahulu neneknya telah meninggal dunia dan kini Chloe muncul semula dalam hidupnya. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, Chloe kelihatan sedikit lebih kecil dan kehilangan gigi, tetapi masih comel dan suka berlari.

Youtube | The Dodo

Nicole mendapat tahu bahawa sebelum ini Chloe tinggal bersama pasangan tua. Namun, ketika pasangan tua itu meninggal dunia, jiran tetangga telah menjaganya buat sementara waktu dan menggunakan Facebook untuk mencari pemilik baru yang boleh menjaga anjing tersebut dan akhirnya Nicole bertemu semula dengan kawan masa kecilnya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular