Seperti yang kita tahu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM450 juta untuk diagihkan kepada orang awam secara kredit e-Wallet menerusi program ePENJANA.

Program ini memanfaatkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menerima gaji tahunan kurang daripada RM100,000.

Golongan terbabit layak untuk menebus kredit menerusi E-wallet berjumlah RM50 bermula hari ini, 31 Julai.

Sama seperti program eTunai Rakyat, program ePENJANA ini juga menyokong aplikasi Boost, Grabpay dan Touch N Go eWallet.

 

Facebook

Untuk makluman, aplikasi Grabpay menawarkan banyak pilihan apabila anda menuntut wang anda menerusi aplikasi mereka.

Lebih menarik, anda akan mendapat baucar tambahan sebanyak RM50! Kemudian, boleh nikmati baucar daripada H&M, McDonalds, Starbucks, Watsons dan banyak lagi.

Grab

Oleh yang demikian, akaun eWallet yang sahkan diperlukan dan daftar aplikasi MySejahtera. Kad pengenalan yang sah juga perlu dilampirkan sebagai bukti identiti anda.

Berikut merupakan cara untuk menuntut kredit ePENJANA RM50 anda :

  1. Muat turun dan daftar sebagai pengguna di aplikasi MySejahtera.
  2. Tuntut RM50 daripada aplikasi Grab (versi v5.107.1 ke atas untuk iOS dan v5.107.0 ke atas untuk Android).
  3. Ikuti sahaja proses tuntutan dalam aplikasi Grab tersebut. Proses pengesahan ini akan dilakukan oleh kerajaan dan mungkin memakan masa hingga 5 hari bekerja.

Grab

Harus diingatkan bahawa anda hanya boleh menuntut kredit ini sekali sahaja menerusi satu penyedia e-Wallet.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda perlu menuntut ePENJANA itu menggunakan aplikasi GrabPay :

  • Anda boleh memperoleh sehingga 3 mata GrabRewards setiap kali anda menyelesaikan transaksi tertentu. Mata tersebut boleh digunakan untuk menuntut baucar tambahan (makan, melancong, membeli belah dan banyak lagi) kelak.
  • Kemudahan bayaran tanpa sentuh menerusi GrabPay tersedia di banyak kedai seperti McDonald’s dan KFC, Mydin dan Tesco, termasuklah Guardian dan Alpro selain Mr DIY dan Senheng.
  • Boleh nikmati lebih banyak tawaran menarik – harga lebih rendah yang boleh menjimatkan wang anda!

Jadi apa tunggu lagi, jom tuntut kredit ePENJANA anda sekarang di sini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular