KUALA LUMPUR, 30 Julai – Mimpi menjadi kenyataan bagi artis autistik Luqman Hakim apabila dia akhirnya dapat berjumpa sendiri dengan wira kebanggaan negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam.

Artis berusia 27 tahun itu mula mendapat perhatian ramai di internet pada awal bulan ini setelah dia berkongsi beberapa buah gambar Dr Noor Hisham hasil lukisannya pada cawan Starbucks.

@luqmanhakimarts/Twitter

Dalam status Twitter yang dimuat naik baru-baru ini, Luqman menyatakan kegembiraannya di atas pertemuannya dengan Dr Noor Hisham di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

“Akhirnya impian saya menjadi kenyataan,” tulis Luqman.

“Starbucks (Malaysia) telah membawa saya berjumpa dengan Dr Noor Hisham untuk memberikan cawan dan gelas yang mempunyai lukisan saya di atasnya.”

@luqmanhakimarts/Twitter

Ketika dihubungi Malay Mail, Luqman mengatakan bahawa dia berterima kasih atas kesediaan Dr Noor Hisham untuk bertemu dengannya.

“Ini adalah momen yang saya tidak boleh percaya berlaku dalam hidup saya apabila saya bertemu dengan Dr Noor Hisham secara bersemuka.

“Saya sangat teruja dan gembira berjumpa dengannya,” tambahnya lagi.

Semasa lawatannya, Luqman mengatakan bahawa Dr Noor Hisham memujinya kerana bakat yang dimilikinya dan memberi dorongan kepadanya untuk terus berusaha.

Menurut Luqman lagi, Dr Noor Hisham juga ada menyarankankan agar dia menjadi duta bagi golongan autistik sehingga dia boleh dijadikan contoh serta dapat membuktikan bahawa keupayaan dan kelebihan mereka lebih besar daripada kekurangan yang ada pada mereka.

@DGHisham/Twitter

“Saya juga memberitahunya bahawa saya telah membatalkan niat saya untuk berhijrah ke negara lain untuk meneruskan kerjaya seni saya,” tambah Luqman lagi.

Luqman juga memberitahu alasannya mengubah fikiran untuk berhijrah adalah kerana dia ingin tinggal dan menyumbang kepada Malaysia.

Dia juga mengucapkan terima kasih atas usaha Starbucks Malaysia untuk mengatur sesi pertemuan dengan Dr Noor Hisham.

@DGHisham/Twitter

Dalam wawancara sebelumnya dengan Malay Mail, Luqman mengatakan bahawa potret Dr Noor Hisham dilukis sebagai tanda penghormatan kepadanya dan barisan hadapan di atas dedikasi mereka kepada negara dan juga doktor yang membantunya dalam melalui perjuangan peribadinya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular