Parti Komunis China (PKC) selama beberapa dekad telah bergantung kepada tahanan yang ditangkap dalam usaha untuk meningkatkan perdagangan pemindahan organ yang dijalankannya.

Kemudian muncul pula para pemimpin yang juga bergantung pada golongan minoriti yang teraniaya dalam usaha tidak bermoral mereka itu.

PKC mendakwa bahawa organ yang diambil itu adalah daripada penderma sukarela setelah meninggal dunia. Menurut aktivis hak asasi manusia, komuniti Muslim Uighur juga menjadi mangsa terbaru PKC.

Organ seperti jantung, hati, paru-paru dan ginjal komuniti tersebut yang terkepung di wilayah Xinjiang atau lebih dikenali sebagai Turkistan Timur itu difahamkan diambil secara paksa dalam keadaan masih hidup.

Paparan Skrin/YouTube

Awal bulan ini, dua organisasi aktivis Uighur (Gerakan Kebangkitan Nasional Turkistan Timur dan Pengasingan Pemerintah Turkistan Timur) telah membuat aduan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap kepimpinan Beijing.

Ini kerana mereka mendakwa bahawa pemimpin PKC telah melakukan pembedahan berskala besar dan penindasan terhadap etnik Uighur, termasuklah mengambil organ etnik Turki beragama Islam secara paksa.

Mereka juga mendesak agar siasatan mengenainya dijalankan. Langkah itu dibuat berdasarkan penyelesaian terhadap kes pemimpin Serbia, Slobodan Milošević yang didakwa oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa kerana jenayah perang.

Tribunal itu juga yakin bahawa pengambilan organ secara paksa di China oleh daripada itu telah dipraktikkan untuk tempoh yang panjang.

Walaupun majoriti mangsa itu daripada pengamal Falun Gong namun kebimbangan semakin meningkat bahawa etnik Uighur turut menjadi sasaran.

Dengan memusatkan perhatian pada satu populasi tawanan, PKC pada dasarnya telah berkembang daripada ‘Penuaian 1.0’ terhadap pengamal Falun Gong, kepada ‘Penuaian 2.0’”, kata Ethan Gutmann, pengasas bersama Gabungan Antarabangsa untuk Menamatkan Penyalahgunaan Transplantasi (ETAC) di China.

Ethan Gutmann/YouTube

Pemilihan orang muda yang sihat untuk diambil organnya dijalankan dengan lebih cepat dan cekap selain disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat dunia.

Menurut beberapa mangsa yang terselamat dan keluarga yang mencari perlindungan di luar negara, pegawai China memulakan pemeriksaan perubatan yang lengkap, melibatkan ultrasound dan sampel darah.

Ianya dilakukan di Xinjiang sekitar empat tahun yang lalu. Dengan segera kecurigaan timbul apabila data itu digunakan untuk memastikan ‘bakal mangsa’ yang mempunyai organ yang paling sihat untuk ‘menderma’.

“Pemilihan tersebut berpaksikan perkauman. Lebih separuh daripada populasi di Xinjiang, di mana orang Cina Han dikecualikan daripada ujian perubatan”, tambah Gutmann.

Semasa Kongres Uyghur Dunia yang diadakan di London, mangsa yang terselamat, Omer Bakari mendedahkan bahawa dirinya menjalani pemeriksaan pertama sampel darah dan air kencing secara paksa.

Twitter

Selain itu, Omer turut diminta untuk menjalani pemeriksaan mata dan seluruh anggota badan di balai polis yang terletak di Pichan pada akhir Mac tahun 2017.

Pada bulan berikutnya, dia menjalani ujian kedua di sebuah hospital sebelum dimasukkan ke dalam penjara Karmay. Di sana dia dipukul dan disebat Bersama dengan mangsa yang digantung seperti ‘daging’ di dalam sel.

Begitu juga yang berlaku pada Gulbahar Jelilova yang berkata bahawa dia telah ditahan oleh pihak berkuasa di China pada Mei 2017 setelah melakukan perjalanan ke Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang ketika mengambil barang niaganya.

Dia kemudian telah dipaksa untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia telah memindahkan wang ke sebuah syarikat Turki. Dia juga telah diberi pil yang menghalang ovulasi (haid) selain dipaksa berbogel untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Peguam hak asasi manusia Kanada, David Matas telah banyak mengkaji mengenai isu ini dan menekankan bahawa terdapat banyak petanda di lapangan terbang Kashgar di Xinjiang yang menunjukkan laluan untuk mengangkut organ.

David Matas/YouTube

Ianya dibawa ke dalam pesawat untuk dieksport ke luar negara. Laporan menunjukkan bahawa PKC berminat dengan organ daripada golongan tersebut memandangkan mereka beragama Islam dan hanya memakan makanan yang halal.

Gutmann juga menegaskan bahawa tiada pengiklanan terhadap organ yang ‘halal’ namun wujud dokumentasi pelancongan berasaskan organ di Tianjin Central Hospital – pusat pemindahan organ terbesar di dunia.

Baru-baru ini, terdapat sebuah hospital di China yang secara terbuka mengiklankan kepada dunia bahawa mereka mempunyai ruang solat buat umat Islam serta restoran yang halal.

Pelanggan terbesar terdiri daripada orang kaya China ataupun ahli politik. Sementara pelanggan asing terbesar pula adalah orang Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.

Salih Hudayar selaku pemerintah Turkistan Timur mengatakan bahawa tahanan Uighur dipindahkan ke wilayah Heilonjiang (berhampiran sempadan Korea) kerana pasaran besar dari Korea.

Lebih sejuta etnik Uighur dianggarkan telah ‘hilang’ di kem konsentrasi yang digelar sebagai kem pendidikan semula oleh PKC yang merupakan alat untuk menentang pelampau Islam.

Mayat mangsa pula difahamkan telah dibuang dengan segera dan ahli keluarga mangsa diberitahu bahawa mangsa yang asalnya sihat telah mati secara tiba-tiba ketika di bawah pengawasan.

Sungguhpun begitu, China berulang kali telah menolak amalan pemindahan organ yang tidak beretika itu dengan menegaskan bahawa mereka hanya mengambil organ daripada tahanan yang telah dihukum mati.

Para pegawai menuduh Tribunal China menyebarkan ‘khabar angin’.

Twitter

Penyelidikan yang diterbit Etika Perubatan BMC menuduh China melakukan pemalsuan sistematik dan memanipulasi data pemindahan organ rasmi untuk mengaburkan sebilangan kecil penderma sukarela yang mendaftar, berbanding dengan jumlah pembedahan transplantasi yang berlaku.

Ia disebut juga sebagai pembunuhan perubatan oleh aktivis difahamkan menghasilkan keuntungan sekitar $1 bilion untuk Beijing.

“Hospital di China dapat menandingi purata 6,000 pemindahan hati yang dilakukan setiap tahun di Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2000.

Menurut Pusat Penyelidikan Organ-Organ China yang berpusat di AS, walaupun pegawai China mendakwa bahawa negara itu melakukan 10,000 pemindahan setahun tetapi jumlah tahunan ini dengan mudah diatasi oleh beberapa hospital.

Berdasarkan keperluan kapasiti minimum yang dikenakan oleh pemerintah, 164 buah hospital pemindahan yang diluluskan dapat melakukan lebih daripada 70,000 transplantasi setiap tahun .

Pihak berkuasa perubatan China dengan bangga mengatakan bahawa mereka telah melakukan pemindahan paling banyak di dunia – lebih 40,000 daripada jumlah yang dilakukan di AS.

“Sebilangan besar orang China enggan mendermakan organ kerana tradisi mereka. Jadi kami percaya bahawa bahawa pengambilan organ secara paksa masih lagi berlanjutan.

“Kami mengesyaki bahawa ia berlaku di Turkistan Timur kerana banyak mayat mangsa yang mati dalam kem konsentrasi dan penjara serta tidak dikembalikan kepada pangkuan keluarga”, jelas Hudayar.

“Mayat yang dikembalikan pada keluarga pula pasti mempunyai bekas jahitan yang jelas kelihatan pada bahagian tubuh mereka”.

Menurut Gary Bauer, pesuruhjaya Suruhanjaya Kebebasan Beragama A.S. (USCIRF), pihaknya tiada sebab untuk mempercayai menafikan yang dibuat PKC.

Gary Bauer/YouTube

“Hakikat bahawa kurangnya ketelusan daripada pihak pemerintah China menjadi penyebabnya. Malangnya ramai mangsa meninggal dunia menyebabkan tiada peluang untuk perkara sekejam ini didedahkan”.

Walaupun wujud kebimbangan yang lantang disuarakan oleh masyarakat dunia berkaitan dengan amalan pengambilan organ daripada komuniti Uighur ini, namun tiada satu pun negara atau badan antarabangsa yang benar-benar menyiasat perkara ini secara mendalam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular