Kerajaan sebelum ini telah menetapkan bahawa bermula 1 Ogos ini, semua individu diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka apabila berada di tempat awam.

Walau bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai jika anda berada di dalam kereta kerana tular akan kisah beberapa individu mendakwa mereka telah didenda kerana tidak memakai pelitup muka di dalam kereta.

Public Health Malaysia

Perkongsian yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu seolah-olah mendakwa pihak polis menyasarkan pemandu yang tidak memakai pelitup muka ketika memandu.

Menurut individu terbabit, sepupunya bersama empat orang rakan telah diberhentikan dan didenda RM1,000 setiap seorang memandangkan jumlah mereka yang melebihi dua orang.

“Mereka fikir arahan pemakaian pelitup muka itu hanya diwajibkan bermula 1 Ogos kelak tetapi polis wanita itu kata arahan itu telah pun dikuatkuasakan sekarang”, tulis individu itu.

@MKNJPM/Twitter

Individu itu turut berpesan pada orang ramai untuk memakai pelitup muka apabila berada di restoran jika tidak makan di sana atau bersedia untuk didenda atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Apa yang boleh dikatakan adalah mesej sebegini adalah palsu dan orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayainya.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, pemakaian pelitup muka di khalayak ramai hanya diwajibkan pada 1 Ogos ini.

Gambar Hiasan/Facebook

Pihak polis juga tidak boleh mendenda orang awam berjumlah RM1,000 kerana melanggar perintah yang belum pun dilaksanakan lagi.

Tambahan pula, arahan itu hanya diwajibkan jika individu berada di kawasan yang sesak dan juga jika menaiki pengangkutan awam sahaja dan bukannya di dalam kereta persendirian.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati agar berhati-hati dan semak dahulu kesahihan sebarang maklumat yang diterima dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan mesej sebegini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular