Penghantar makanan merupakan petugas barisan hadapan yang begitu berdedikasi dalam memenuhi permintaan kita di saat kita berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 Dan nampaknya bukan penghantar makanan di Malaysia sahaja yang bersungguh dalam melaksanakan kerja mereka.

Ini kerana di Thailand baru-baru ini, seorang penghantar makanan GrabFood menonjolkan dedikasinya dengan menghantar pesanan pizza kepada pelanggan di tengah-tengah sungai!

Pengalaman itu dikongsikan sendiri oleh pekerja GrabFood berkenaan, Ake KB di laman Facebook peribadinya.

Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku pada bulan April yang lepas, di mana dia pada mulanya rasa was-was untuk melaksanakan tugasnya apabila mendapati lokasi penghantaran itu di kawasan sungai.

Ake pada mulanya berfikir bahawa mungkin lokasi rumah pelanggan yang memesan piza itu ditetapkan secara salah, iaitu di tepi sungai.

Namun tanggapannya meleset setelah mengetahui bahawa pelanggannya itu memang berada di atas bot di sungai berkenaan, selepas membuat panggilan.

Ake meletakkan motosikalnya di tepi sungai. Nasib menyebelahinya apabila terdapat penjual makanan yang menaiki bot mahu membantu dengan menghantarkan Ake pada pelanggannya.

Ake difahamkan membayar 60 Baht (RM8) kepada penjual makanan yang menaiki bot berkenaan. Pelanggan Ake juga memberinya tip berjumlah 100 Baht (RM13).

Setakat ini perkongsian kisah Ake itu telah menerima lebih 73,000 reaksi daripada pengguna Facebook.

Kegigihan dan semangat Ake dan penghantar makanan dalam menjalankan kerja adalah sangat dihargai dan memberi inspirasi. Terima kasih daun keladi!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular