Menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk memang sesuatu yang biasa dilakukan. Tujuannya supaya kesemua bahan makanan tersebut tidak rosak dengan cepat dan sentiasa dalam keadaan segar. Dengan suhu di dalam peti sejuk yang rendah, makanan dapat disimpan dengan lebih lama jika dibandingkan dengan di luar.

Gambar Hiasan | Pexel

Namun begitu, tidak semua sayur-sayuran atau buah-buahan sesuai diletakkan di dalam peti sejuk. Hal ini kerana jika ia diletakkan di dalam peti sejuk ia akan lebih mudah dan cepat untuk rosak serta rasanya juga boleh berubah. Beberapa jenis sayuran dan buah-buahan adakalanya lebih sesuai untuk dibiarkan pada suhu bilik.

10 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak sesuai atau tidak boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk

1. Pisang

Pixabay

Semua orang tahu bahawa pokok pisang tumbuh mmembesar pada iklim yang panas dan kerana itulah pisang tidak sesuai diletakkan dalam suhu yang dingin. Hal ini kerana dinding sel pada buah ini tidak mempunyai pertahanan semula jadi terhadap suhu yang rendah. Jika pisang diletakkan pada suhu dingin, ia lebih mudah terurai, lebih mudah menjadi hitam dan cepat lembik.

Seterusnya, jika pisang yang dimasukkan ke dalam peti masih belum masak sepenuhnya, suhu dingin  akan membuatkan pisang semakin lambat untuk masak.

2. Labu (Butternut squash )

Pixabay

Labu jenis ‘butternut squash’ harus disejukkan setelah dipotong kecil-kecil namun untuk labu yang belum dipotong adalah lebih baik jika disimpan pada suhu biasa kerana suhu yang rendah dalam peti sejuk boleh membuatkan labu lebih cepat rosak. Labu juga bersaiz besar jadi ia akan memakan ruang yang besar jika diletakkan di dalam peti sejuk.

3. Kekacang

Pixabay

Sekiranya anda menyimpan kacang-kacang kering di dalam bekas kedap udara di tempat yang sejuk dan gelap, kacang boleh bertahan selama bertahun-tahun (menurut beberapa kajian, sehingga 30 tahun). Namun jika diletakkan di dalam peti sejuk, kacang akan menyerap kelembapan dan boleh menyebabkan keroskan mudah berlaku.

4. Bawang putih

Pixabay

Peti sejuk adalah tempat yang lembap, dan kelembapan akan menjadikan bawang putih berkulat. Selain itu, bau bawang putih boleh mengganggu makanan lain dengan mudah di dalam ruang tertutup seperti di dalam peti sejuk.

5. Daun herba 

Pixabay

Herba-herba berdaun seperti ketumbar, pasli, atau pudina akan menjadi layu atau hitam dengan lebih cepat di dalam peti sejuk jika dibandingkan pada suhu bilik. Tambahan lagi, tumbuh-tumbuhan ini juga mungkin menyerap bau makanan lain. Jadi, untuk menyegarkan semula daun-daun ini, akarnya boleh dipotong dan letakkan di dalam air kemudian letak pada suhu bilik.

6. Tembikai susu

Pixabay

Tembikai wangi (cantaloupe), tembikau susu dan tembikai harus disimpan pada suhu bilik untuk mendapatkan rasa terbaik. Penyelidikan dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menunjukkan bahawa tembikai dapat mengekalkan antioksidan dengan lebih berkesan jika tidak disejukan. Hanya tembikai yang sudah dipoting yang harus disimpan di dalam peti sejuk.

7. Bawang merah

Pixabay

Kekurangan pengudaraan di dalam peti sejuk akan mengurangkan jangka hayat bawang. Bawang tidak boleh disimpan di dalam beg plastik. Jadi, jika mahu menyimpan bawang, letakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Hanya bawang yang sudah kupas atau dicincang perlu disejukkan.

8. Kentang

Pixabay

Kentang juga harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan gelap (untuk mengelakkan akarnya tumbuh atau berkulat). Suhu yang rendah di dalam peti sejuk akan merosakkan kanji yang ada pada kentang dan boleh mengubah kandungannya menjadi manis serta kentang juga boleh menjadi keras. Kentang mengandungi karbohidrat yang dapat melegakan sakit kepala.

9. Keledek

Pixabay

Apabila ubi keledek disejukkan, struktur selnya boleh pecah dan mengeras, menjadikannya lebih sukar untuk dimasak. Ubi keledek lebih sesuai diletakkan pada persekitaran suhu bilik yang sejuk dan jauh daripada cahaya. keledek baik untuk kesihatan kerana ia boleh menambah air di dalam badan dan melegakan sembelit.

10. Tomato

Pixabay

Apabila tomato disimpan pada suhu di bawah 3.8 ºC (1.6 ºC dianggap sebagai suhu peti sejuk yang ideal), kandungan  yang ada dalam tomato akan mudah rosak. Selain itu, kandungan gula (terutamanya glukosa dan fruktosa) dan asid (terutamanya asid malik dan asid sitrik) dalam tomato pula tidak banyak berubah. Jadi, setelah tomato dimasukkan ke dalam peti sejuk, rasa manis dan masam tomato tetap ada, tetapi “rasa tomato” akan kurang sedikit.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular