Wabak pandemik sudah semestinya tidak mahu membiarkan dunia berehat dan mahu semua orang sentiasa berwaspada setiap masa. Tepat masa anda berfikir akhirnya terdapat penurunan jumlah kes hampir sifar, akan muncul gelombang seterusnya ketika anda terleka.

Sejak dari awal, masyarakat dunia diberitahu untuk berlatih mengamalkan norma baharu dengan menjauhkan jarak di antara satu sama lain dengan harapan peluang penyebaran virus dapat dikurangkan dari masa ke masa. 

Namun, sejauh mana anda dapat meneruskan untuk menjauhkan diri daripada orang lain? Dengan hanya memakai pelitup muka dan mengelakkan kawasan yang sesak, rasanya begitu pun anda mungkin berisiko untuk terdedah kepada wabak.

Plus61J Media/Facebook

Mungkin langkah yang diambil oleh seorang lelaki dari Belgrave, Victoria di Australia ini dilihat orang lain sebagai terlalu jauh, tetapi baginya usaha sedaya upaya itulah yang perlu dilakukannya untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak.

Ketika Victoria mencatatkan jumlah kes positif terus meningkat kepada 532 dengan 6 kematian warga emas sementara 44 yang lain berada di ICU, Perdana Menteri Australia Daniel Andrews telah mengancam akan menutup semua industri dalam sekatan terbaharu yang dikenakan.

Kelihatan semua warga di Victoria kembali bimbang dengan peningkatan jumlah kes COVID-19, dan muncul lelaki Victoria ini beberapa hari lalu dengan kaedah penjarakan sosialnya yang lain daripada yang lain, ketika dia berjalan di jalanan menggunakan bebola gelembung yang besar di tengah jalan dengan gaya selamba.

Plus61J Media/Facebook

Lelaki itu dirakam sedang berjalan ke satu destinasi di bandar dalam bebola gelembung besar itu tanpa memakai kasut atau pelitup muka, tetapi menutup semua dirinya dengan bebola plastik besar.

MSN News melaporkan lelaki ini berasal dari Belgrave, yang terletak 47 kilometer ke timur Melbourne.

Dalam video yang dirakam netizen yang terserempak dengannya, kedengaran dia berteriak, “Sayalah orangnya yang berada dalam gelembung!” 

Ketika berjalan di khalayak ramai, dia dengan selambanya melaungkan aksinya yang lucu itu, membuat semua orang yang memerhatikannya spontan tersenyum dan ketawa dengan gembira.

Plus61J Media/Facebook

Akibatnya ramai netizen yang meninggalkan komen selepas melihat video tular tersebut dengan menulis:

“Saya sebenarnya hendak sangat ketawa terbahak-bahak.”

“Bagaimana warga Victoria bertindak balas dengan perintah berkurung.”

“Saya rasa dia sedikit sebanyak sedang berusaha untuk menceriakan kehidupan muram kita semua, jadi terima kasihlah. Nasib baik waktu itu awal pagi dan tidak sibuk.”

Plus61J Media/Facebook

Wilayah Victoria tidak mewajibkan warganya memakai pelitup muka, walaupun Ketua Pegawai Kesihatan amat mengesyor serta menggalakkan amalan norma baru memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di tempat awam.

“Anda harus memakai pelitup muka ketika anda meninggalkan rumah, jika anda berasa sukar untuk menjarakkan diri sejauh 1.5 meter di antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tonton video di bawah:

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular