‘Campervan’ secara ringkasnya merupakan sejenis kenderaan yang diistilahkan sebagai penginapan bergerak. Ia lazimnya lebih popular di negara-negara Barat berbanding di Malaysia.

Namun kebelakangan ini, campervan semakin popular di Malaysia terutamanya buat mereka yang inginkan pengamalan percutian yang lain daripada yang lain serta mencabar namun cukup selesa.

Unsplash

Mahu bercuti secara solo sekitar Malaysia tetapi tidak mampu untuk membeli campervan sendiri, seorang gadis, Farah memutuskan untuk menukarkan kereta Myvi miliknya menjadi campervan!

Jelas Farah, dia pada memulakan percutian 10 harinya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum pulang semula ke Melaka.

Sepanjang tempoh percutian itu, Farah akan berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanah persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.

“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.

“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama”, tambahnya.

Menurutnya, kos transformasi ‘camperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.

Dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil di dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.

Di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana ia digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.

Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.

Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.

Aceyie Channel/YouTube

“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ianya ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.

“Ia hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.

Menarik, bukan? Jika anda berminat, bolehlah saksikan video penuh Farah bersama camperMyvi miliknya menerusi video di bawah :

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular