Selain kucing, anjing juga mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Tambahan pula, sejak dahulu lagi, anjing dikenali sebagai haiwan yang paling setia dengan pemiliknya.

Seekor anjing yang kini tinggal di Beijing, yang dinamakan sebagai “Yao ketiga belas” oleh pemiliknya bagaimanapun mempunyai satu ciri yang lain daripada anjing-anjing yang biasa.

Yao yang merupakan anjing berbaka Shiba Inu mempunyai sedikit kelainan upaya yang jelas terlihat pada fizikal wajahnya.

Peekme

Yao dilahirkan dengan bahagian mulut yang sumbing sehingga membawa ke bahagian bawah hidungnya. Keadaan ini seterusnya berpotensi memberi kesan kepada kesihatan Yao kerana udara mudah untuk masuk ke dalam paru-parunya semasa Yao meminum susu.

Hal ini seterusnya boleh menyebabkan Yao mempunyai masalah pernafasan dan penyakit radang paru-paru.

Pun begitu, Yao adalah seekor anjing yang sangat aktif dan nakal.

Peekme

Menurut laman Peekme, disebabkan Yao mempunyai sedikit kekurangan diri, Yao tidak mahu dijaga oleh sesiapa sebelum akhirnya Yao menemui pemiliknya yang jatuh hati saat pertama kali melihat kecomelan dan keunikan Yao.

Justeru, pemiliknya telah memutuskan untuk membawa Yao pulang ke rumah agar Yao mempunyai keluarga baharu bersama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya di rumah.

Peekme

Kini, Yao sudah menginjak umur 1 tahun dan Yao hidup dengan gembira dan bahagia bersama keluarga yang sangat mengasihinya.

Syukurlah kerana Yao telah menemui sebuah keluarga yang menjaganya dengan baik dan tidak pernah mengabaikannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular